Friday, March 12

Lelaki dan rama-rama

Seorang lelaki menjumpai kepompong atau sarang rama-rama. Pada suatu hari, terdapat lubang kecil pada kepompong itu. Lalu lelaki itu duduk dan memerhatikan rama-rama itu selama beberapa jam. Rama-rama itu berusaha mengeluarkan badannya melalui lubang kecil itu. Kemudian, ia seakan-akan berputus asa. Jika ia berhenti pada masa itu, ia tidak akan mendapat apa-apa faedah. Jadi lelaki itu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama itu. Ia mengambil gunting dan mengunting sebahagian kecil kepompong itu. Maka, rama-rama itu dapat mengeluarkan badannya dengan mudah.

Akan tetapi, badannya sangat kecil dan lembut, sayapnya pula masih bergulung.Lelaki itu terus memandang rama-rama itu kerana ia menjangkakan sayap rama-rama itu akan membesar pada bila-bila masa dan dapat menampung badannya seterusnya terbang.Namun itu tidak pernah berlaku. Kenyataannya, rama-rama itu hidup merangkak dengan sayap bergulung dan badan yang kecil sepanjang hayatnya. Ia tidak dapat terbang langsung.Lelaki itu bersikap baik namun pada masa yang sama tidak sabar, tidak memahami bahawa kepompong dan usaha gigih diperlukan oleh rama-rama itu untuk keluar dari lubang. Itu merupakan satu-satunya cara bagi rama-rama untuk menolak cecair daripada badannya ke sayapnya agar ia boleh terbang apabila sudah berjaya membebaskan diri daripada kepompongnya.

Kadang kala kekuatan merupakan sesuatu yang amat kita perlukan dalam hidup. Jika kita melalui hidup ini tanpa sebarang masalah atau halangan, ia akan melemahkan atau mencacatkan kita. Kita tidak akan dapat menjadi sekuat yang kita inginkan. Kita tidak akan dapat terbang!

Apabila kau menginginkan kekuatan….
Tuhan memberikan kau kesusahan agar kau menjadi kuat.
Apabila kau menginginkan kepintaran….
Tuhan memberikan kau masalah untuk diselesaikan.


Apabila kau menginginkan kekayaan….
Tuhan memberikan kau akal dan otot untuk bekerja.
Apabila kau menginginkan semangat….
Tuhan memberikan kau bahaya untuk dimusnahkan.


Apabila kau menginginkan cinta….
Tuhan memberikan kau orang yang bermasalah untuk dibantu.
Apabila kau mempunyai keinginan….
Tuhan memberikan kau peluang.


Andai kau tidak mendapat apa yang kau inginkan…..
Sebenarnya kau mendapat apa yang kau perlukan!
Sentiasalah percaya kepada Tuhan!

0 feedback:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr