Wednesday, August 25

Handphone dulu kala VS kini.

Bila umur dah kira 'up' , maka handphone juga kena lah 'up'. ahh,,,ini cuma teory aku saja. sedangkan ayah masih pakai handphone sama sejak 5 tahun lalu. Tak up2 pon dan tak penah dia kesah. Tak serabut katanya, function senang, button pon besar-besar. Sesuai untuk ayah yang bermata empat sekarang. hmmm itu lah alasan dia setiap kali aku ajuk handphone 'mahal' dia. huhuhu~. Kalau nak kira kemampuan, 10x ganda canggih daripada handphone aku dia mampu beli.



Mengimbau zaman mula-mula kenal Handphone, kenal SMS, aku tak ada handphone lagi masa tu. Maklumlah baru darjah 6. Zaman tu aku masih main digimon, cyberpet, dan paling 'up' pon komputer yang desktop nye sebesar pemeluk. Game je la yang aku reti. Naik form1, aku mula belajar nak pakai SMS. Tu pon curi-curi pakai handphone mak. Perasaan first time hantar dan terima SMS = AWESOME!. hahaha aku rasa semua orang pon mula-mula macam tu. Curi-curi pakai Hp mak bapak kan?.



Kemudian aku decide untuk beli sim card sendiri. ahaaa..ada motif. Yela, dah start nak mesej kawan berlainan jantina kan. Remaja kan, gatal curious nak berkawan dengan jantina berbeza. Handphone masih aku guna handphone mak. Tukar-tukar sim. Satu hari, sim card mak hilang. Apalagi, mengamuk la dia dan merajuklah aku seminggu. Sensitip tahap gaban. Kebetulan ia seminggu sebelum hari lahirku.



Setelah seminggu muncung sedepa, ayah hadiahi aku HP sempena hari lahir. Guess what??? Nokia 3310!! ouh, itu kira handphone paling up zaman tu untuk remaja mcm aku. Gembira tak terkata. Handphone pertama dalam hidup la katakan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------



10 tahun berlalu,

ada la kira-kira 9 buah handphone telah aku pakai. Macam-macam brand ; nokia, sony erricson, motorola dan samsung. Hmm, lately ni baru aku kerap tukar handphone. Masa zaman nokia 3310 aku, 3 tahun aku pakai ia. Tahan giler. Durability dia memang tak boleh dipertikaikan. Jatuh dari tingkat 2 kat sekolah, rileks je. Cikgu displin aku baling bawah sebab dah bagi amaran 3 kali, tapi aku bawak lagi. Bajet handphone aku berkecai la dia baling tuh. dia tak tau lepas tu aku kutip balik, pasang, handphone aku tu sehat walafiat je. kihkihkih. Buang tenaga je =p



Tapi, tuhan tu bayar cash kat aku sebab gelak kan cikgu displin aku tu, seminggu lepas tu 3310 tersayang hilang sebab ada orang curi dari dalam beg. T_T



Kalau korang perasan, Handphone sekarang sangat sangat sangat lembik. Tak kira brand, memang sume lembik walaupun Blackberry sekalipon. (mulat, hp kamoo pon sy kira lembik jugak. jgn marah okes ;) ) Tak payah cakap handphone korang, aku punya handphone sekarang, baru jatuh dari katil pagi tadi skrin dah blur-blur. cess, tersinggung je kot. Belom lagi aku baling masa Alarm macam ex 3310 aku tuh. Sekarang aku pakai Nokia 5530 touch skrin, tapi tak se AWESOME nokia 3310 aku dulu.





p/s: nokia 3310 dah tak ada kat pasaran mungkin sebab dia terlalu AWESOME dengan orang-orang ganas mcm eden. maka, ia akan merugikan NOKIA. Conclusion: orang-orang mcm eden jugalah yang sedang meng'kaya'kan syarikat handphone sedunia! muhahaha..

0 feedback:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr