Wednesday, March 31

kusut.

bila kita gembira tepok tangan..prap prap.. 2x
bila kita genbira begini lah caranya...
bila kita gembira tepuk tangan..! yeah yeah!

this is my version now,

bila kita sedih terus gelak..hahahaha..2X
bila kita sedih begini lah caranya..
bila kita sedih teruskan gelak..lalalala~ *bangang*


saya ingat tu cuma keegoan.. keegoan yang datang tatkala ada kemarahan. tp rupanya hakikat. apa yang depan saya memang dia. dia yang tak perlu ada saya.

rasanya mcm baru semalam dengar perkataan
"saya ada utk *** bila2 *** perlukan"
"saya takkan berubah"
"saya takkan melukai hati ***"

mimpi kot...
oowh.dah la, itu lagi buat saya sakit..saya patut terima hakikat semua tu mimpi.
saya pergi dulu.
terima kasih semua. =)

Tuesday, March 30

Bila husband pisau cukur

Lappy kesayangan HP PAVILLION dv2 1003ax milih sdn bhd saya telah dijual dengan harga rm1800. kesayangan...tp kenapa jual?? hmm.. i need a laptop which is easier for me to bring along whenever i go. i'll be a lil bit busy next sem. PSM..thesis...and so what ever. em, its ok baby, REGINA will take care over u..more than i did. (regina kata i tak pandai jaga laptop..haha)

REGINA, a woman whose bought my lappy.. a mother to a 2 month infant and a wife to a 'bullinest'man...opps, businessman actually ;). She and i decided to meet at Danga last weekend. She came and agreed to buy my lappy.. such a beautiful woman in middle age i thought. Setelah kami setuju dengan harga dan barang, regina minta saya tunggu sekejap sebab dia perlu draw duit dekat ATM. Tak lama tu, dia datang, saya nampak perbezaan muka dia. ketara sangat. Dia cerita, husband dia ambil duit dia senyap-senyap dari bank. Sedih kan?..Tapi perjanjian kami utk berurus niaga tetap ON.

Tadi, tiba-tiba ada guy call saya. Suara memang suara melayu. Dia tanya saya, laptop saya dah jual ke belum. Saya jawab dah. Tapi pelik nya dia tanya macam-macam. Dengan siapa saya jual, dah dapat payment full ke belum, mcm-mcm lah. Dalam hati pelik juga. Tapi just jawab je la, bukan peribadi pun kan.

Tak lama tu Regina call nangis-nangis. Rupanya husband dia yang call saya sebelum tu. Regina terpaksa tipu husband dia yang dia beli laptop secara ansur-ansur sebab husband dia slalu 'paw' duit dia. Dia tak nak husband dia tahu yang dia ada duit. Saya speechless sangat bila dia kata, husband dia mesti pukul dia bila balik rumah nanti. Saya tak jangka itu suami Regina. Sungguh. Kalau saya tahu mesti saya pun dah tolong tipu kaw-kaw. Regina tanya saya, patut tak dia pergi report polis sebab tadi sebelum pergi kerja, suami dia ambil cek bank dia. Dia takut bila suami dia marah, dan bertindak buat bukan-bukan contoh macam keluarkan semua duit-duit dia dll. Saya cuma cakap kat Regina, buat lah pembekuan bank dulu.

Saya takut nak bagi advise sebab hubungan suami isteri ni complicated bagi saya sebab melibatkan kasih sayang, keluarga dll. Lagi-lagi saya tak ada pengalaman pun. Tak wajar kalau saya bg pendapat yang saya tak faham apa natijahnya pada org yang tengah emosi. Takut dia ikut je habislah saya. Saya biar je Regina luahkan perasaan dia sampailah dia tenang. Akhirnya dia minta saya tolong berlakon balik kol husband dia dan cuba tipu dia bayar ansuran pada saya masa beli laptop tu.

Terasa sedih sangat. Saya dapat rasa Regina sayang suami dia. Cuma dia tak tahu macam mana nak kawal sikap suami dia disamping mengekalkan kepercayaan suami dia. Saya setuju serta merta dengan cadangan tu walaupun saya tahu saya mesti tak dapat menipu suami dia dengan baik. Saya call suami dia dan tipu konon-konon saya ada laptop lain utk dijual dan saya minta dia bayar cash. Saya cuba ckp yang pembeli lappy sy sebelum ni bayar ansuran (Regina). Macam biasa, lidah saya sangat kaku macam orang baru belajar cakap bila nak menipu. harap-harap dia percaya.

Saya harap tak ada apa-apa buruk berlaku pada Regina. Teringat cerita Regina yang husband dia akan mengamuk kalau Regina ambil duit husband dia walaupun 90sen. Sedih juga bila Regina cerita suami dia tak bagi sikit pon duit untuk sara anak mereka.

p/s: saya harap suami saya bertanggungjawab orang nya. Tak salah berkongsi tapi......

Monday, March 29

kenapa ye.....

~ orang suka kutuk belakang-belakang tapi bila depan pijak semut pon xmati? *kutuk depan-depan kan bagus, at least boleh la baiki apa yang kurang*

~ ada orang mengaku kerja dia, padahal kerja org lain..

~ suami boleh ambik duet isteri suka-suka hati, tapi isteri amek dwet suami 90 sen pon boleh jadi perang.

~ paling sedih bila ada orang ckp 'kita kan bestfriend, kene la share story' tp hakikat 'kita kan enemy, kene la canang story'

~ ada orang rapat ngn kwn die sbb nak taw story pasal bf kwn die tu.. sbnrnye die admire ngn bf org tu..perhhh

~ jalan pergi JB tol mahal giler...salah jalan sket tol..

~ Air jus kat warong xcantek Danga Bay RM4

~ paling aku x phm.... kenapa sidai spender ngn bra kat ampaian pon boleh hilang??! tolong la jd pencuri waras sket!

~ tiba2 duet poket kene potong sbb bilik tidur dah dipasang aircond *sadis* harap2 ini cuma joke dr ayah...

p/s: rasa nk terjun bangunan minggu ni punye hal!

Saturday, March 27

i wish.....

i'll be a wife to whom that could meant this song to me..

tacing sungguh..tentu beruntung kalau dihargai dalam diri seseorang makhluk yg bernama lelaki mcm dlm lagu ni..

it open my eyes,
for some unknown reason...there was some tears on my cheek when i listened to this song..mungkinkah cinta sejati itu cuma ada pada ikatan suami isteri?...

Scared me enough.....we fight all the time. T_T

biar aku jadi matahari yang tenggelam.




senggarang.
6.30 pm-7.30 pm

Friday, March 26

saranghae jeremy!

sangat cute..sangat adorable...waaaa~ sweet sangat crita ni. sangat best! sangat sangat sangat *sangat gedix aku ni!*

disebabkan kemalasan keluar rumah membeli kredit dan disebabkan tak boleh kacau mulat yang sebok study, maka dan maka terlayan lah cerita 'you're beautiful' ini..9/10 stars weh!

tak la jiwang sgt tapi still sangat romantik... scenes dlm crita ni boleh buat kau berangan sampai pluto weh..seyes..jalan cerita tak bosan dan ending yang sangat cute.

paling penting, JEREMY SANGAT COMEL dan aku sgt suka ;p



Thursday, March 25

panda yg CHUMEELL sgt! ahaks



seyes cute!!!

nah, tgk PANDA ni plak...



  • ini baby panda bru lahir...


  • panda baru tumbuh bulu..huhuhu

  • jd comei sket dah...


  • aaa bertambah cutee!!!

  • NAK HUG DIER!!

agak-agak bila besar cmne ek??....haaaa

-

-

-

-

-

-

-

-

-
TARAAAAA~

aaaaaaaaaaaaaa~~~~xmao2....ABG JAMBANG PLAK.....

p/s: hahaha kredit to NARA utk lawak bangang ini!

SURAT SEORANG IBU

sungguh lah kata org, seorang ibu mampu menjaga 10 org anak...tp 10 org anak belom tentu boleh menjaga seorang ibu..



sgt takut...... am i going to live alone without my mum someday?.... T_T...DONT WANT.. she meant the world for me...

ya Allah, tetapkan lah hati ini supaya aku menjadi anak yang berbakti buat ibu ku di masa-masa akan datang... ameen..

Monday, March 22

Cheshire tiduri saya ;)

Last weekend, I decided to be at Sungai Buloh, my lovely little hometown. However, i felt so much guilty to mulat cause i went home without his 'permission'. huhuhu semestinya dia kata 'OK' bila saya sampaikan hasrat saya itu 15 minit sebelum berangkat pulang. Hakikatnya, saya tahu dia berkecil hati. Macam biasa, saya buat macam tak ada apa-apa berlaku dan pulang dengan senang hati. Tapi bila dah jauh, baru sendiri terasa rindu sangat dan mungkin juga sebab dah seminggu tak jumpa mulat. At last, saya decided pulang ke PERIT RAJA *sbb selalu tak ada aer, saya perit mandi sehari sekali* pada hari Sabtu juga. 

Mulat jemput di station bus, dan tiba-tiba......

taraaaaa...........


suprise present dari mulat!! sgt cute dan adorable untuk saya pelok setiap mase!
nama dia Cheshire sempena nama kucing dlm alice in wonderland ;p

thanx my dear mulat...mok sgt suke same ches *wink*

kamoo yang cantik ;)

ye, saya sangat suka tenung lihat perempuan cantik. Even if ada lelaki handsome dan girl cantik jalan sebelah-sebelah, i rather keep my eyes on that girl. Tapi jujurnya bukan sebab saya dengki dia cantik dan saya tak cantik, cuma saya rasa beruntungnya dia dikurniakan nikmat sebegitu rupa. Indah kalau lihat kulit gebu putih tanpa sikit pun noda-noda, badan langsing sedap mata memandang..emm, cantik itu subjektif.. bukan semua orang suka apa yang kita suka. kalau semua orang menilai kecantikan itu sama, maka memang ramai sangat lah orang tak cantik kat dunia ni. termasuklah saya kot yang tak cantik tu... T_T *tibe-tibe rasa kesian ngn diri sndiri*

Tadi google-google tentang erti cantik, dan jumpa ini..



 I like that very much...sometimes we are not aware of the advantages ourselves if always see something better than ourselves. ye, saya *mengaku dan angkat tangan*. Okeh, untuk balance kan tabiat suka tengok perempuan cantik ini, saya rasa saya patut tengok ini juga :




p/s: saya tak kata dia tak cantik okeh.!!...mungkin ade orang cakap die cantik pe.....heee~ tp saya rasa bersyukur sangat la dengan diri saya lepas tengok ini...*wink*wink*

Wednesday, March 17

speechless ~cuma luahan sndiri~

kdg ada benda aku xfaham, dan aku tak harap utk faham. sbb aku taw kenyataan tu sakit. ye kot, aku kwn yang pergi dan balik kelas hai2 bai2 aje ngn kwn2 lain jantina. kalau ade program bersama aku follow, tp tu pon aku keliling kwn perempuan. mungkin tu aku sbb aku mmg selalu negative thingking pd org lain jantina. yes, dengan erti kata lain sy xberperikemanusiaan. i saw them heartless. i thought mulat right... yeah, he always right. ..i'm the one who never understand enough about friendship.


i have a bestfriend who i desired alot. he's perfect 4 me. anep. i lost him. not totally but i'm going to lost him now. coz 4 me i should make a choice in life. if u want this u lost this. no one knows how hard i am to neglect him.someone who always cheering me when i'm down. someone who able to stand all night just to hear my crap nonsence jokes. bersengkang mata utk ajar aku pada mlm final exam gara-gara aku study last minutes. weekends aritu coursemate dia dari utm tumpang tidur rumah ak sbb nak date ngn bf die kat uthm. with some unknown reason, she stared at me with a smile and said 'memang patut pon anep selalu cerita pasal syira..'. ntah, tipu kalau aku tak fhm.. sedangkan dr dulu dia selalu bgtaw sape aku dalam ht dia. he had a gf. satu sifat dia yang aku tak suka, dia pentingkan aku drpd gf dia. he care me a lot. perasaan itu buat aku rasa sgt special smpai aku kdg2 salah anggap dengan hubungan kami. lumrah lelaki kalau dilyn lg jadi. hampir terjerumus dlm cinta puaka ni. haha puaka sungguh kalau aku sanggup rampas bf org. ah, aku tak desprate kot....lumrah perempuan juga suka bersaing.  tp tak pyh nk gunakan kelebihan yang ada nk rampas2. wlupon semua org menyokong sbb mmg anep umpama lelaki idaman melaya. bkn melayu je yg ske pd die, gurl india pon siap admire kat die. anep marah betol kalau aku usik die ngn gurl india nih..aku akui bkn senang nak rapat dgn die. i took 5 years to have this friendship with him. dan akhirnya hampir tersalah langkah. nasib baik tersedar sblm terlambat. yang indah tu bukan semestinya indah. aku rasa sakit hati pula bila makin lama dia makin senang abaikan gf dia. aku rasa menyampah ade lelaki jenis gini. sampai satu hari, aku jujur ngn anep yang aku xsuke lelaki mcm dia. xtaw ape yang dia nk dalam hidup. at last die sdar kot. and now kami mula renggang. dan aku ambil peranan utk merenggangkan. bila ym bkn pasal belajar aku cpat2 offline, kalau die mecej mengarut, aku ckp nk g dating. mcm2 lah. pg td pon same. padahal xpon. tp ikot cerita aina, anep fhm sekarang. friendship and love is such a very different thingy.


kita mungkin akan jumpa seseorang seperti yang kita idamkan lepas kita jumpa org yang kita cinta. sbb cinta bkn kesempurnaan, cinta itu satu rasa yang kita pon tak taw sebab apa. cuma kita tahu kita perlukan dia. walaupon dia bkn someone yang kita idamkan.


i thought deeply about what i want in life. i got the result and it says that i dont need a guy for being a winner from all girls. i need a guy who can pretend myself and defend my love from other girls. and for some unknown reason, i thought i love my mulat. deeply. aku tak tahu ape kelebihan dan kekurangan mulat sampai sekarang pon bila mulat tanya, aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. kdg2 aku jwb sebab dia baik..kdg2 jwb lain..tp aku tahu aku cintakan dia. sebab bila dia ada aku rasa 'full' bila dia tak da dlm hidup aku rase 'empty'. hmm sungguh tak dapat nk gambarkan. harini gadoh dgn mulat. sgt teruk. mungkin ini balasan aku kot kacau bf org dlu. eh, bg aku tak kacau, sbb nk kwn, tp dh ter'slh' fhm kan je..ahh, alasan tu tak leh pkai.hu3 sape suro lyn bf org lebih2. kan sekarang tuhan byr cash kat aku. Dpt tgk bf sndiri. sbb tu bila mulat ty aku nk die wat mcm mane aku terdiam. speechless. aku pon bkn sempurna tak pernah wat kesalahan. Kene bertepek2 kat muke ni bila mulat ckp pasal friendship die ngn gurl len. Bila dia ckp cmtu, aku tak terfikir pon lpas ni aku nk ubah cara aku kwn ngn mmbr2 lelaki ak. ntah, aku mmg suke kot buat bodoh ngn lelaki. Sbb bg aku lelaki sume same. pantang dilyn lembut dan baik. Cuma bila mulat ckp, buat aku teringat friendship aku ngn anep. mungkin ini yang pqah rasa dulu. rasa bersalah sgt. Aku harap, hadiah yang aku kirimkan kat aina utk anep tu, menutup sgala perasaan dia pd aku n buat die fokus pada pqah gf dia.


em, mulat msih berhak pilih...


mulat: sy speechless bkn sbb sy marah kamoo. sbb sy tak nak fhm kenyataan tu sbb kenyataan tu sakit... sy sndiri xfhm kenapa sy perlu tacing dgn kamoo.. mungkin sbb sy pernah ade hbgn friendship yg hampir tersalah, jd sy takot kamoo jd mcm tu... tkut khilangn kamoo..slh sy T_T

andai saja bisa kau fahami...telah ku jaga kejujuran dlm setiap nafas ku..ternyata tak mampu kau melihat.

kerna demi cinta telah ku relakan kecewa ku atas ingkarmu...

Atasi masalah datang bulan.

Bila sebut datang bulan/ period, semua wanita mengeluh. Sakit di sana-sini membataskan aktiviti harian lebih-lebih lagi remaja wanita termasuklah saya. *pinggang macam kene pijak taw!*. Masa tu lah kalau kucing datang gesel-gesel pon rasa nak sepak aje. Apetah lagi kalau baca mecej bf sendiri caring gila2 dengan gurl lain kan..hmm..eh, teremosi pula ;p..

Haid tak teratur itu biasa pada wanita yang belum berkahwin kerana pengeluaran hormon nya juga masih tak sekata~ FAKTA DARI DOKTOR. Ada beberapa supplements yang doktor suggest kan supaya dapat membantu melancarkan kitaran haid.

pill calcium
b complex
primrose oil+fish oil(omega 3)



Saya sendiri terpaksa mengamalkan primrose oil+fish oil(omega 3). Hasilnya haid menjadi lebih teratur dan tiada lagi senggugut kuat yang sampai tak boleh bangun. Setakat sakit-sakit belakang boleh lagi nak mengemop lantai dan memasak. yang penting boleh pergi kelas.huhuhuhu. Untuk calcium dan b-complex sy jamak kan dalam pengambilan Multivitamins.


~supplements saya~


 Primerose oil tiada dalam gambar sebab baru habis semalam. Saya suggestkan jenis Blackmores untuk primerose oil kerana texture pillnya yang licin memudahkan untuk telan.

p/s: dua botol di atas tak habis-habis dari awal sem. susah sgt nk telan. dah le beso..hu3 nway my mum yg sgt3 paksa sy mkn semua ni. My mum yang supply n jujurnya sy tak teringin nak beli dengan duit sendiri.hohoho. Lg 1 die sgt pantang kalau sy ckp teringin nk mkn jamu, manjakani n segala yang tradisional. Memang dia marah. Reason, takut rahim panas dan menyukarkan sy hamil kelak.. adeyh~ complex nye jd wanita. Seb bek my mum ade. 

Tuesday, March 16

pegi ah!

ok.. tulis dgn dgn emosi yg sgt bengang sekarang.

hm...xde pape. i'm ok..i'm fine~ lalalala

lyn la lagu ni..best sgt. sbb boleh tukar bengang jd sedih..kemudian boleh buat tidur bila otak dah penat pk..
wat pe nk pk pasal org yang tak pk kite kan...pk org len je kan...hmmmm

Friday, March 12

Lelaki dan rama-rama

Seorang lelaki menjumpai kepompong atau sarang rama-rama. Pada suatu hari, terdapat lubang kecil pada kepompong itu. Lalu lelaki itu duduk dan memerhatikan rama-rama itu selama beberapa jam. Rama-rama itu berusaha mengeluarkan badannya melalui lubang kecil itu. Kemudian, ia seakan-akan berputus asa. Jika ia berhenti pada masa itu, ia tidak akan mendapat apa-apa faedah. Jadi lelaki itu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama itu. Ia mengambil gunting dan mengunting sebahagian kecil kepompong itu. Maka, rama-rama itu dapat mengeluarkan badannya dengan mudah.

Akan tetapi, badannya sangat kecil dan lembut, sayapnya pula masih bergulung.Lelaki itu terus memandang rama-rama itu kerana ia menjangkakan sayap rama-rama itu akan membesar pada bila-bila masa dan dapat menampung badannya seterusnya terbang.Namun itu tidak pernah berlaku. Kenyataannya, rama-rama itu hidup merangkak dengan sayap bergulung dan badan yang kecil sepanjang hayatnya. Ia tidak dapat terbang langsung.Lelaki itu bersikap baik namun pada masa yang sama tidak sabar, tidak memahami bahawa kepompong dan usaha gigih diperlukan oleh rama-rama itu untuk keluar dari lubang. Itu merupakan satu-satunya cara bagi rama-rama untuk menolak cecair daripada badannya ke sayapnya agar ia boleh terbang apabila sudah berjaya membebaskan diri daripada kepompongnya.

Kadang kala kekuatan merupakan sesuatu yang amat kita perlukan dalam hidup. Jika kita melalui hidup ini tanpa sebarang masalah atau halangan, ia akan melemahkan atau mencacatkan kita. Kita tidak akan dapat menjadi sekuat yang kita inginkan. Kita tidak akan dapat terbang!

Apabila kau menginginkan kekuatan….
Tuhan memberikan kau kesusahan agar kau menjadi kuat.
Apabila kau menginginkan kepintaran….
Tuhan memberikan kau masalah untuk diselesaikan.


Apabila kau menginginkan kekayaan….
Tuhan memberikan kau akal dan otot untuk bekerja.
Apabila kau menginginkan semangat….
Tuhan memberikan kau bahaya untuk dimusnahkan.


Apabila kau menginginkan cinta….
Tuhan memberikan kau orang yang bermasalah untuk dibantu.
Apabila kau mempunyai keinginan….
Tuhan memberikan kau peluang.


Andai kau tidak mendapat apa yang kau inginkan…..
Sebenarnya kau mendapat apa yang kau perlukan!
Sentiasalah percaya kepada Tuhan!
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr