Wednesday, December 29

saya orang sensitif.

sensitif sampai dengar lagu jiwang pon boleh meleleh air mata...bongok an...an2? haish..sumpah ntah apa-apa!! (kata2 akal yang waras). Dah lama kot tak dengar lagu-lagu rock kapak dulu-dulu.. Tiba-tiba boleh TERlayan plak.

Sambil baring termenung atas katil, menghayati angin lembut yang mengusai rambut, tersentuh pula jiwa mendengar bait-bait lagu yang bermain di corong telinga. Setiap rangkap lirik umpama menceritakan kelukaan hati sendiri. uiks...terlukakah kau wahai hati?? haha.

Jom aku bagi kau layan pulak.. kot2 kau pon nak join aku leleh kat sini..heee~



Aku baru balik holiday kot..patut nya sangat happy...mengapa ya..

Wednesday, December 22

its been a year officially as soul-mate ++ (^_^)


happy belated anniversary buat kami ;) haha. lambat update..

seriously, i prepared so well to be on cruise 8, Danga Bay for dinner...hmmm but still, i was happy that day. he's such an amazing boyfriend who can comfort my feeling in all situation. what ever it is, i feel bless to be with him. And its necessary for me to be loyal, lovable, and reliable for him too.

God, please let me be with him forever to gone through all the path of our life..in both sadness and happiness, let us sharing them...ameen (^_^)

Thursday, November 25

yeah! Pemburu Tokek Berjaya~

Hohoi~

Baru td berangan dengan housemate2 sekalian utk jadi pemburu tokek!
(baru harini taw al-kisah si cicak tokek..sadis!). Seingat aku, selama 22 thun aku bernafas ni, byk kali gak aku nampak cicak tokek ni LIVE depan mata.
  1. Kat umah lama arwah nenek <-----since nenek passed away, rumah tu kosong n now tapak umah tu dah wakaf pada masjid.
  2. Kat sekolah rendah agama time aku darjah 4 kowt.
  3. Setiap kali aku mandi kat umah. ade sekor cicak ni, suke sgt tgk aku mandi.GATAI! (padahal mmg cicak tu lepak kat atas gril tingkap bilik mandi).
walau apepon, aku sure cicak yg aku nampak tempoh hari tu cicak tokek! yeaahhh~ i da buat research u know. Ape yg istimewa? hah, jwb ni..

BERAPA HARGA 300GRAM CICAK TOKEK??
.
-
-
-
-
--
-
pk2
-
-
-
--
-
-
-
-
cicak je kan..
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bape ek?
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
haha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hakikatnye
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RM1.5 JUTA!!!!!
!@@$#$#^#^^#!!
Okeh, now dah taw kan kenapa ia istimewa bg aku...hoho kaya ooOo kalau dapat. sekor pon jd lah ($_____$)!! huuuuuu~
nway, dr segi perubatan, ia dipercayai boleh menyembuhkan kanser dan AIDS. Now belom ada akta tentang pemburuan cicak tokek. kalau kau jumpe, masih boleh jual di'pasaran gelap'. sebb menda ni pemes dah kat oversea. haha.
p/s: bek kau cari cepat2 si tokek ni, next year aku dengar dah nk kuar akta haiwan terkawal utk tokek. erggg, dah kayo jgn le lupe eden.yaw~

Wednesday, November 24

I HATE U..SO MUCH

For all these things, i really hate u syg..

  • I hate you much it makes me sick; it even makes me rhyme.
  • I hate it, I hate the way you're always right.
  • I hate it when you lie.
  • I hate when you make me laugh, even worse when you make me cry.
  • I hate it that you're not around, and the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.

Sunday, November 21

buah hati yang childish~


lately sangat bahagia melayan budak berumur 22 tahun. ye BUDAK. suka buat muka menyakitkan hati, suka buat bunyi mengejek, berperangai annoying, dan sangat tak malu. walau ditempat awam yang crouded! haha.

Mungkin tension nak exam ataw dah tak mampu cover perangai sebenar. Itu yang mampu aku rumuskan. errgg.

Dia lah Mohamad Haziq bin Senin. Buah hati kesayangan. (walaupun berperangai pelik, tp dia tetap buah hati forever).Kagum jugak dia boleh tak pedulikan orang sekeliling yang pandang dia kepelikan. Apa aku cakap ada je perangai pelik yang dia buat. SENGAJA.

Gaya badan tak boleh bla. SPASTIK semacam. haha. Kadang-kadang aku buat tak tahu je. Biar dia dengan ke'SPASTIK'an dia. Lagi orang marah lagi dia buat. Memang tak makan saman budak ni.huhuhu.Tapi kalau kat shopping mall tu segan gak aku kalau dia asyik buat perangai, kene bagi cubitan maut sket. Kasi kebas badan gedik dia tu. muahaha~

Baru-baru ni, dia pegi main game tumbuk sampai tisu tangan koyak. hmmm, 'bertuah' betol.

gaya femes dia.


bahana bila terlepas kat taman


dah sakit baru muka baik sikit.

Monday, November 15

asam garam gula dan lada.

niat hati nak lurus berjalan. sebulat kata seiringan berpimpinan.. hakikat nya yang lurus perlukan bimbingan.. umpama membuat garisan tanpa lencongan.

serabot. itulah rumusan sekarang. haha!
aku mungkin bukan sempurna, tp aku cuba. cuba berkorban dalam setiap langkah, cuba mendekati hati dalam setiap nafas.

cuma kadang-kadang aku letih. aku letih mengharap satu pemahaman. aku letih menunggu saat cinta memahami tanpa aku bersuara. aku letih menjadi sesuatu yang kau sendiri tak pasti aku siapa. aku manusia biasa. aku merasa semua ini. untuk itu, maafkan aku.

Friday, September 17

nak jugak ade entry raye!!

ok! raya tahun ni agak sadis sbb:

1) ini tahun akhir dapat dwet raye. next year dah kerja, maka, sy bakal memberi duit raye.ouh!

2) dapat beraya 5 hari saja T_T... sekarang sedang berkurung dalam bilik sbb ada bengkak timbul bawah dagu.. my speacialist doc ckp, kelenjar air liur tersekat..agagagaga... Dia suroh sy makan asam banyak3..agak giler la doc ni...t kalau aku lembab menghafal cane lak??? adeyh~

opss...sbnrnya 2 sbb je raya jd sedikit hambar. hehehe ada byk sbb raya tahun ni sgt bermakna :
1) Chenta hati (mulat) datang beraya bersama 3 adek nye.. jia, jua, n amer ;) awesome. Ma sy suka mulat...sbb ma kate mulat sy nampak penyayang n protective! ofcoz laaaa, taste i kan...lalalala~ kalau dia tak penyayang, macam mana die nak tahan lyn anak ma yg gedix ni..hoho

2) Dapat jumpe sdara mara n kwn2 lama yg stahun skali je jumpe ;) mesti kau tgh kate 'ekeleh, aku pon jumpe gak!'. haha, ye ye aku taw. betol lah tu..tp perasaan tu ttp gembira kan?hmm

3) Anak buah yg bertambah dgn obvious nye! waaaaaa bgus betol. 3 hari raya pon dpt anak buah baru.. 5 hari raya juga...bile kumpul ramai2, mcm nursery jage baby plak.hoho. sgt suka baby.


"syg, bila kite nak ada baby neyh....?"


(bertanya dgn nada gedix dan tak malu. bajet2 mesti mulat gelak dan mengutuk soalan tu..)


tp


(dgn tenangnye dia jwb)


"sy pon nak ada baby ngn syg..tp macam mana...kita tak boleh lagi..syg sabar ok..."
(sgt blushing dgn jwpn tuh.hu3 sy taw dia serius dgn hbgn kami)
selamat hari raya aidilfitri ;)

Friday, August 27

kerana kita manusia tanpa ESP

kalau kau jenis layan cerita tv3 petang-petang, tentu kau tahu apa kejadah nye ESP tu. Sedikit info dari pakcik goOgle :

Extrasensory perception (ESP)= involves reception of information not gained through the recognized physical senses but sensed with the mind.

Diringkaskan cerita, ESP ni boleh dikatakan sixth sence yang bisa buat kau tahu apa yang akan berlaku mahupun yang telah berlaku diluar pengetahuan kau. Bagus kan kalau kita ada ESP ni. Tak ada la aku duduk termenung jam 2.30 pagi ni untuk fikir sesuatu yang tak mungkin aku temui jawapannya sekarang.. hmmm...

Bila duduk sorang-sorang dalam sunyi dan sepi, maka ter muhasabah lah diri sedikit sebanyak. Mungkin sebab ini Allah menyuruh umat manusia beribadah sepertiga malam. Sungguh, bukan senang untuk aku berjaga malam. Mungkin sebab otak rancak berfikir tentang apa yang aku bincangkan dengan mulat tadi. Tentang masa depan. Tentang sesuatu yang kami impikan tapi belum tentu itu takdir dari-NYA. Ia mula buat aku takut. Sungguh. Dan aku pasti korang yang ber'couple' pon akan fikir benda yang sama.

Sebenarnya, kalau kita sedar, kasih sayang tu sendiri adalah anugerah dari Allah. Bukan semua orang dapat rasa apa yang kita rasa, dan perasaan setiap orang itu berbeza-beza. Tak kiralah apa yang bakal berlaku akan datang, selagi anugerah tu masih untuk kita, kita patut hargainya kan?

Teringat masa aku putus cinta dulu-dulu, ayah cakap : "kat dunia ni semua pinjaman. ayah pinjaman, mak pinjaman, even nyawa kita pon pinjaman. Takkan ada yang kekal milik kita. kalau bukan hari ni ia pergi, suatu hari ia akan pergi juga. cepat atau lambat sama je sebenarnya. jangan sedih lah" -menitis juga airmata yang ditahan-tahan. Ayah memang memahami aku walau tanpa aku bersuara sikit pon. Ayah, kamoo memang sangat hebat memujuk hati ini =)

p/s: mulat, saya akan selalu setia menemani kamoo selagi kamoo masih dipinjamkan utk saya. ITU SAYA JANJI.

Wednesday, August 25

Handphone dulu kala VS kini.

Bila umur dah kira 'up' , maka handphone juga kena lah 'up'. ahh,,,ini cuma teory aku saja. sedangkan ayah masih pakai handphone sama sejak 5 tahun lalu. Tak up2 pon dan tak penah dia kesah. Tak serabut katanya, function senang, button pon besar-besar. Sesuai untuk ayah yang bermata empat sekarang. hmmm itu lah alasan dia setiap kali aku ajuk handphone 'mahal' dia. huhuhu~. Kalau nak kira kemampuan, 10x ganda canggih daripada handphone aku dia mampu beli.



Mengimbau zaman mula-mula kenal Handphone, kenal SMS, aku tak ada handphone lagi masa tu. Maklumlah baru darjah 6. Zaman tu aku masih main digimon, cyberpet, dan paling 'up' pon komputer yang desktop nye sebesar pemeluk. Game je la yang aku reti. Naik form1, aku mula belajar nak pakai SMS. Tu pon curi-curi pakai handphone mak. Perasaan first time hantar dan terima SMS = AWESOME!. hahaha aku rasa semua orang pon mula-mula macam tu. Curi-curi pakai Hp mak bapak kan?.



Kemudian aku decide untuk beli sim card sendiri. ahaaa..ada motif. Yela, dah start nak mesej kawan berlainan jantina kan. Remaja kan, gatal curious nak berkawan dengan jantina berbeza. Handphone masih aku guna handphone mak. Tukar-tukar sim. Satu hari, sim card mak hilang. Apalagi, mengamuk la dia dan merajuklah aku seminggu. Sensitip tahap gaban. Kebetulan ia seminggu sebelum hari lahirku.



Setelah seminggu muncung sedepa, ayah hadiahi aku HP sempena hari lahir. Guess what??? Nokia 3310!! ouh, itu kira handphone paling up zaman tu untuk remaja mcm aku. Gembira tak terkata. Handphone pertama dalam hidup la katakan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------



10 tahun berlalu,

ada la kira-kira 9 buah handphone telah aku pakai. Macam-macam brand ; nokia, sony erricson, motorola dan samsung. Hmm, lately ni baru aku kerap tukar handphone. Masa zaman nokia 3310 aku, 3 tahun aku pakai ia. Tahan giler. Durability dia memang tak boleh dipertikaikan. Jatuh dari tingkat 2 kat sekolah, rileks je. Cikgu displin aku baling bawah sebab dah bagi amaran 3 kali, tapi aku bawak lagi. Bajet handphone aku berkecai la dia baling tuh. dia tak tau lepas tu aku kutip balik, pasang, handphone aku tu sehat walafiat je. kihkihkih. Buang tenaga je =p



Tapi, tuhan tu bayar cash kat aku sebab gelak kan cikgu displin aku tu, seminggu lepas tu 3310 tersayang hilang sebab ada orang curi dari dalam beg. T_T



Kalau korang perasan, Handphone sekarang sangat sangat sangat lembik. Tak kira brand, memang sume lembik walaupun Blackberry sekalipon. (mulat, hp kamoo pon sy kira lembik jugak. jgn marah okes ;) ) Tak payah cakap handphone korang, aku punya handphone sekarang, baru jatuh dari katil pagi tadi skrin dah blur-blur. cess, tersinggung je kot. Belom lagi aku baling masa Alarm macam ex 3310 aku tuh. Sekarang aku pakai Nokia 5530 touch skrin, tapi tak se AWESOME nokia 3310 aku dulu.





p/s: nokia 3310 dah tak ada kat pasaran mungkin sebab dia terlalu AWESOME dengan orang-orang ganas mcm eden. maka, ia akan merugikan NOKIA. Conclusion: orang-orang mcm eden jugalah yang sedang meng'kaya'kan syarikat handphone sedunia! muhahaha..

Wednesday, August 18

Kita Kawan Sampai Mati


main story for this entry is actually about GENG, HOUSEMATE, SAING, SET2, KLIK, CYG2, n ntah ape2 ntah lg panggilan yang sewaktu dengan nye.

kdg2 first impression kte kat seseorang tu tak leh pakai wlu 1% pon untuk menilai dia bleh jadi teman yang baik atau tak.. tapi aku bersyukur, menemui teman seperjuangan yang sgt AWESOME! (ergg secret2 ckp kat blog sebab mereka sgt poyo kalau taw mereka awesome pd sy) hoh0.


"SAIA SAYANG HOUSEMATES SAIA"

sejak sem 1 berkenalan di hostel UTHM, kami kekal jd kwn..dan seterusnya housemates menyewa rumah sama-sama. Punyala ta mao pisah, 8 org sumbat satu umah pon redha. ;) masing2 punya perangai yang pelik-pelik belaka.


---------------------------------------------------------------------------------------------

kalau bab tido serahkan pada yang pakar NORA..ahaks, sambil tggu org jemput die kat umah pon die boleh tido dengan pakai tudung.huhu tido maccam orang kaya2 plak tu..kaki naik atas!! sayang dia sebab dia selalu redha menemani aku kemana saja..wlupon tak boleh tdo ;)

kalau makan and shoping, sape lagi kalau bukan PIPAH. bulat mata tgk dia shoping. amek je trus byr..hu3. suka curious dlm segala hal wlupon remeh. jgn la sebot name die kalau tgh ckp ngan org len. jap g die datang ty 'kenapa sebut nama pipah???' selagi tak jwb, siap la die ikot je... Tp die comel, n ceria kan keadaan ;)


SHAKIRA pula memg suka bagi soalan membunuh. Perli dia tahap gaban. Rasa nak bagi backhand pon ade kalau dia bergurau lawak giler tapi muka dia serius. kami yang gelak pecah perot. Kalau tibe2 ada bau kentot, tak pyh ty2 sapa kentot, nnt dia mengaku dgn sendirinya..muka tak bersalah.haha. Tapi dia bab tolong org, memang no1. low profile juga..
Orang yang boleh aku kata kan perempuan melayu terakhir, ZYRA. kalau die gayut, sumpah mcm dalam selimut wlupon cuma dudok sebelah ko. tu bkn gayut ngn bf tu. kalau ngn bf, die ckp sumpah mcm semut ckp. tak taw la bf die tu tinge ape kan...hebat boleh denga. teringat cerita REPOMAN yang boleh tuka jenis telinga kat black market. siap ada volume control kat belakang tellinga. style lah. hoh0. Lembut dlm setiap perlakuan, tapi agak tegas dgn kehendak dia..ko ckp ape pon, kalau dia nk dia nk. nway die nice gurl ;)


RUMET=AIN. Hantu korea. Bf dia ialah lappy dia. kalau lappy dia rosak, dia punya frust mcm org mati laki. trus balik umah kg cari ketenangan. siot je kan..huhu, tapi pendengar yang baik. wlupon dengar mimpi2 mengarut aku setiap kali bangun tdo. Dia sangat suka buli aku, tapi sangat suka juga layan perangai aku. penah gadoh ngn dia sampai aku nangis dalam toilet berjam2 tak kuar.haha. kes paling aku pecah perot gelakkan dia bila dia nangis teresak-esak sebab aku bg dia tengok video hantu. sumpah dia dendam giler dgn aku.ngeeee~

ZA plak...someone yang tegas. sound direct punye. hu3. Dia pernah hilang moto dkat rumah sewa kami.. peneman aku ponteng kuliah, g makan...hahaha. cantik orang nye. dia juga la geng aku layan pompuan2 cantek kat tenet.. ergg tgk video2 dance pompuan cantek je, bkn ape pon.

secomel rabbit, itulah LIN. Paling pandai antara kami. low profile juga.. Dlu mula2 kenal agak gerun ngn die sbb dia mcm garang tp lama2 ok je. Sgt ok. Pelik nya dia sebab sgt suka simpan makanan dalam peti sejuk n akan mkn mknn tu selagi dia rasa elok. Penjimat yang berjaya. seyes.

Monday, July 26

Tak mampu berkata-kata dengan mulut.

Al-fatihah buat seseorang yang pernah ku anggap seperti nenek ku sendiri yg telah kembali ke rahmatullah sabtu lalu..

khabarnya kerana sakit paru-paru berair yang menyerang tiba-tiba.. Mesra dgn panggilan atok, aku teringat saat pertama aku bertemu dia...kira2 3 thn yang lalu pada hari terakhir aku di Matrikulasi Negeri Sembilan. Oh ye, sebenarnya atok ialah org yang membesarkan ExBF ku sewaktu kecil. Pada hari tu, dia datang bersama keluarga exbf ku utk mengambil kami pulang kemudian melawat saudara mereka di seremban. Ayah dan ibu ku tak dapat datang atas kekangan yang tak dapat di elakkan. Atok seorang yang pendiam dan lebih suka memerhati. Dalam kereta aku lebih byk berbual dgn ahli keluarga yg lain. Tiba-tiba atok menghulurkan makanan pada aku.. aku yang konon2 pemalu ni cuma menggelengkan kepala.. seseorang menarikku dan berbisik "atok suka maksudnya bila dia bg makanan..amek, jgn tolak..nanti dia kecik hati"... Tergesa-gesa aku ambil semula makanan itu..huhu~ segaris senyuman terukir dibibir atok.. senyuman pertama buat ku yg tak mungkin aku lupakan. Aku berdoa supaya roh nya dicucuri rahmat..ameen.

kenangan bersama keluarga itu buat aku tersenyum... layanan mereka pada aku sbnrnya sgt baik.. kadang2 rindu juga nak bertanya khabar...rindu nk mecej2 n kol2..lagi2 dgn untie nafisa.. dulu kami selalu contact senyap2 tanpa pengetahuan exbf ku...rase comel pulak bila kami same2 meluahkn perasaan ttg perangai exbf ku yg menyakit kn ht tu..hu3. rindu sphagetti untie nafisa juge ;)hmm wlupon dulu pernah juga ade perselisihan faham antara kami, tp tu semua sbb EXBF aku punye pasal. Aku masih rasa syg pada mereka. exbf tak termasuk!

buat exbf yg mungkin akn bce ini : semua cerita diatas cuma luahan je...tiada niat lain.. n thx sbb bgtaw pasal atok. semoga berbahagia dgn Kira... take a gud care of her...dont ever let her go ;)

Monday, July 12

Pembacaan berulang-ulang ;))

kene selalu ulang sebab kita selalu lupa. jadi bila kita agak-agak dah 'ilang ingatan' maka ulanglah semula..baca ;)) haha ayat kalah kaf lam ya nga~
bila ada prob n aku jd blog walking, pasti ada sesuatu yang positive aku dpt.. jumpa ini~


Di saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


p/s: know wat, perkara paling aku rindukan tentang cuti sem lepas is havin my mulat 24 7 without compromising others.

Saturday, June 26

Somewhere i called HOME.


With no way to get home
And I dont wanna go, go
I dont wanna go, go
I dont wanna no, no
I dont wanna it, down low

.:I dont want to walk this earth if I gotta do it solo:.
Pertama sekali yang terbayang dalam minda bila kita sebut rumah, mesti keluarga kan? Ada kasih sayang dalam rumah. Tapi macam mana kalau kita sebenarnya homeless walaupun ada rumah? (eh, bukan 'kita' la, 'aku') ;p
Kalau nak riak lagi takbur, aku boleh je cakap rumah aku bukan setinggan, bukan rumah yang bila hujan je ada bocor di sana sini, dan bukan juga rumah yang kau nak jalan pon berselisih bahu dengan orang lain. waah, bunyi macam besar n bagus sangat je rumah aku..hebat sgt ke?
jawapan dari mulut: ergg rumah aku selesa aje, ada 4 bilik, 2 bilik air, 2 ruang tamu dan 1 dapur. owh, ade juga porch kereta dan halaman yang boleh buat padang bola.
jawapan dari hati: sebenarnya aku dah homeless..aku lagi teruk dari orang yang dudok setinggan ataw rumah kotak. hahaha rumah aku tibe2 jadi lutsinar kot. ;p
p/s: now tengah kumpol wet bli hp baru sbb hp dua2 da mengong. tak mao paw mak lg. nak paw ayah, tp my little brother nak daftar IPTA..byk nak pkai dwet kowt. hmm aku anak tunggal tapi aku ada 7 adik beradek. should be more tollerate to them.

Monday, June 21

puas sayang? ;)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s: aku ty mulat soalan yang sama..mulat jwb "sy ambil la bunga tu naek helikopter utk syg"..ergghh adeyh~ jwpn tak romantik betol. speechless aku dibuat nye.hoho

Wednesday, June 16

Selangor Dah Makin Crouded.

Ouh. Jangan cari pasal dengan saya kalau baru lepas tempuh jem. Bak kata ayah, muncung siap boleh ikat reben. Haha, saja lagi panjang kan muncung sebab nak ayah taw "Kereta manual dah tak sesuai utk anak dia yang aktif berjalan" . Bajet macam boleh dapat kereta baru aje. Sedangkan saya tahu kalau saya minta sambel menangis guling-guling pon ayah buat tak faham aje.

hoho

Sg Buloh kalau tak jem tak sah. Lagi-lagi peak hours time balik kerja. Tak ada jalan tak jem. Short curt yang lorong-lorong kecik pon peoples dah tahu. Wah, macam mana nanti bila saya dah kerja? (dalam otak sebok fikir nanti nak dudok cerok kg bila dah ada family sendiri). Mulat mao kah? hehe..

Kan bagus kalau tiub manusia futurama itu wujud.hehe. Boleh sedut saya ke mana-mana tanpa jem ataw pandu 30km/hr belakang lori.

hmm, 10 tahun akan datang apakah kereta sudah tak releven penggunaannya? Atau motosikal kembali jadi pengangkutan utama? hah.

Jangan beranak ramai-ramai. bumi sesak. ;))
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr