Friday, July 29

hohoiii..

ade org ckp aku cuma suka tulis entry sedih je...time sedih je... haha

alah, biasa la..mcm kau tak tahu..bila gembira lupa daratan sikit...opss..

ok3....wat so everrr..hahaha.

dah nk puasa ni. Semoga pahala yang kita buat berlipat2 ganda and dosa berkurangan. Sebot pasal dosa berkurangan ni, mak mulat tak suka la kitorang selalu mengedate.. Yelah, mana2 parents pon risau bila si anak yg tak nikah lagi berdating.. Tapi kadang2 macam terbalik taw. Napa parents dia lagi risau ea berbanding parents aku??? Dia pulak mcm anak perempuan. hoho.

parents aku ni jenis sporting n percaya la pada kami... Mulat juga diterima baik oleh seluruh kaum kerabat aku.. tak lekang la name dia kat mulut2 sdara aku ni.. depa memang sebok je nk korek rahsia kami..haha. so.... Memang future die cerah lah dlm family aku ni..ececece mcm kompem future husband lak gaya critenye..hehehe. Ntah2 aku ni yang tak diterima jd future wife dia..haha

sapa kata peranan family tak penting dlm relationship?? perhh mmg penting. kalau kawen pon, kita kawen dgn family dia skali taw...hmm lately aku byk touching ngn mulat sbb mulat slalu break janji die dgn aku... cth: nk jumpe katenye, tp bile dah tiba time, dah ready sume, tiba2 ckp cancel, ade urusan family.... sekali dua aku ok lg, bila dah byk kali aku jd geram lah.. sbb dia yg janji tp dia yg break janji.. Ouch!

Bkn aku tak fhm keadaan dia, fhm sgt. Dia memang takkan boleh kata NO pd mak dia.. he loved his mom so much (hopefully anak2 kitorang nnt ikot perangai dia ;p ) Tp cube la sblm janji ngn aku tu pastikan tak ada hal family. Tak kesian ke aku ni yang slalu tolak ajakan org sbb nk stay 'janji' tu.. Even family punya hal pon aku slalu tak join kalau dah janji ngn dia. Tolak segala hal..kan...hmm.. By the way, may be cara family kami berbeza. kalau family aku mmg sape2 pon tak kan rasa hati kalau aku tak join if dorang ckp lambat n aku dah ade janji lain. Maybe family dia kekeluargaan adalah perkara 1 setiap masa. Setiap org berbezakan ;)

Tak apa lah, bgus juga... org ckp, kalau nak cari suami, cari lelaki yg bg full commitment dengan family die.. so nanti dah kawen die akan bg full commitment ngn kita pulak... so sekarang ni kene sabar sikit lah ye syira... buat je la plan B kalau 'janji' ngn dia tiba2 terbatal... ;)

ok darl! ^___________^ selamat berpuasa!!

Wednesday, July 27

you so arrogant but yet very protective

it's too late thinking that way. i really miss u. they might see u very cruel upon me, but there some part of u that i always forgot to forget until these day. The way u care is much different from other guys. Cruel way, but yet very understanding... U seem not even listen to me, but always u did the way i really need. u listen with ur heart, right? now, i think its too far better than someone who seems listen a lot, but in his heart he really hate each word from my mouth. Do nothing and let it be..

u,
someone who always giving up on me, but yet the one who raise me up again and again..
someone who scold me a lot, but yet still the one who wipe my tears..
someone who always say 'i hate u', but yet u never let me go from ur life.

u,
i really miss u
i really miss u
i really miss u

ps: i was not regret leaving u. i miss u just like missing a bestfriend who lost in the middle of life journey. yes u r my bestfriend.. coz no one understand me like u did. even worst, not also my love one.

Thursday, July 21

awet muda


Diri ini tidaklah semulia khadijah,tidak setakwa Aisyah,pun tdk setabah Fatimah apalagi secantik Zulaikha. Aku hanyalah wanita Akhir zaman,yg punya cita2 ingin menjadi wanita solehah ;)

harini...sbb dah terjanji dgn officemate nk msak nasi lemak tapi tak masak, maka odw g office singgahla kat aunty jual nasi lomak. terkezut aunty tu tgk aku dtg pg2..slalu aku dtg kol 9 cmtu. pakai jubah pulak tu arini..hehe. boleh plak die wat lawak 'sejuk perot mak nok!!~' sambil wat tangan super gedix aww2.. haha comel aunty ni. setiap kali aku datang, dia tak pernah tak senyum. Maybe tu la petua awet muda paling berkesan. hmm wondering, aku dah tua nnt hodoh sgt tak..erggg =,='

fact of the day: 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Maka, anda senyumlah.. :D

jiwa jangan jiwang..please..

kenapa aku amek civil ha..
nape tak amek fesyen kee...
amek kulinari ke....
kan comel...

leh jadi model utk design sendiri...
reka baju2 comeyl sendiri...
bukak butik ke....bukak spa ke..
bukak kedai mkn ala2 kedai paratha ke...

kalau lah masa itu bisa di flashback...

aku nk kembali pd 5 tahun lalu...eh tak, 6 tahun lalu..
mase lepas habis SPM.. 2 perkara aku nk ubah.

jeng jeng jeng^^

1) ta nak clash ngn mulat time tuh, so tak jumpe si evil devil 2nd ex-boyfriend!!
2) Nak ckp kat mak, ta nak masuk matrik!!!!!!! nak masuk kelas kecantikan ke, kelas masak2 ke, kelas jaet2 ke... girlish nyerrrr~ suweet!=p

errrggg tp....

tanpa 2 perkara ni, aku mungkin bkn mcm skrg.. mungkin sangat cengeng n terlebih cengeng n terlebih gedix~ mungkin juga sangat lembik dan sangat poyo~

apepon...aku tak suka jd engineer..pnt......tak suka....jiwa rasa tersiksa....

Tuesday, July 5

Rindu.


rindu Roomate yang selalu gadoh dengan aku. rindu bila dia asik marah aku kopek jerawat. rindu dengar die membebel. rindu nak tgk dia menari dpt komputer tanpa dia sedar time layan lagu korea.

rindu Housemate yg perangai pelik2 belaka. rindu nak tengok nora menggelabah dgn pipah yang excited nk tahu..dgn shak yang suke perli maut n leen yang slalu kne paksa habiskan mknn aku...zyra yang suka wat aku risau bila aku tak study sbb die asik study je. zamzam si geng ponteng kuliah aku juga geng blaja last minit.

rindu pasar karat yang giler3 murah.

rindu nak tgk sunset sambil menikmati kerang bakar tepi laut senggarang.

rindu nk lepak kat dataran batu pahat mlm2 sambil main buih, badminton n tgk dak2 kecik yg comel berlari-larian.

rindu nak g kuliah..seyes rindu..rindu dgn 'feel' malas nk g kuliah tu sambil doa dapat mecej class cancel. waaaa rindu sgt kenangan kuar kuliah satu geng ikot pintu belakang semata2 nk g melahap kat mamak g3. pastu masuk balik kuliah kene marah ngn lecturer..

rindu nk meniru time kuiz and test!! haha.

rindu nk tgk midnight movie...(kat sane je boleh, kat umah nk g midnite movie xdpt la;p)

rindu nk lepak JB kalau ade wet lebeh..lepak danga bay...huuhuuu..

rindu ngan amoi jahit baju aku tuuuuuu~ (teringat je sbb nk tempah bj kat kl mahal)

rindu sgt. aku rindu setiap kenangan kat uthm. 4thn megajar aku erti kehidupan yang sgt bermakna. yg aku tak mampu kutip di jalanan kalau bkn di sana.

Wednesday, June 8

biar aku hilang di matamu.

never say i love u
if u really dont care

never talk about feeling
if they aren't really there

never hold my hand
if u are gonna break my heart

never say u are going to
if u don't plan to start

never look into my eyes
if all you do is lie

never say hi
if u really mean goodbye
if u really mean forever
then say u will try

never say forever
coz forever makes me cry

baru mungkin nanti engkau bisa hilang dari hatiku.

Saturday, April 30

no, its not about u..i'm just crying for no reason =_='

kadang-kadang, bila kte dah janji pada diri sendiri yang kte akan sayang seseorang tu sepenuh hati, dia jugalah yang menghancur setiap rasa di hati kte.. bukan orang lain, bukan orang ketiga..

kadang-kadang, bila kte meletak dia sebagai raja dalam kehidupan kita, menghargai kehadiran dia sepanjang masa, tapi kita jugalah yang menjadi seumpama hamba yang tak dikasihi kewujudannya..

menjadi perempuan yang lemah dihadapanmu bukan bermakna aku rela dikasari... maafku bukan bermakna kau bisa tak menghormati...

Saturday, April 16

i feel the same. believe me.


sangat busy dengan final year project =_='
Draf thesis, technical paper, poster, presentation.
ok, sy taw sy salah sbb byk tak luang masa lyn awk.
emmm obviously, sy cakap kasar dekat awk bila awk merajuk.
sy kenal awk. sy kenal sgt bila awk nak tarik perhatian sy yg awk merajuk.
maaf kan sy..
sbb ckp mcm td...

awk: ABAIKAN JE LA SY NI..

me: MENGADA!

awk: SUKA HATI AWK LA NAK CKP SY MENGADA KE MERAJUK KE.
SY TAK NAK JUMPA AWK HARINI....

me: SEMINGGU PON TAK PE!

ok, sy kasar di sini. Hopefully u know i not meant it. Sy pon nak keluar dgn awk. nak kita buat aktiviti sama.tp... keje sy.... hmmm..


maafkan sy sbb mlm td tak teman awk tgk bola..
maafkan sy sbb awk ingat sy layan chat lelaki lain mlm td..
maafkan sy sbb pagi ni break janji nak hiking Gunung Lambak sama2..
maafkan sy sbb tak teman awk mkn tengahari ni...

Last but not least,
awk patot tahu, SY RINDU AWK JUGAK (T_T)


Wednesday, April 6

.....


Alhamdullilah...
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat jua laporan projek dan pengajian ini disudahkan sebagaimana diharapkan.
Terlalu banyak pengorbanan yang telah ditagih dan cabaran berserta halangan perlu dilalui sehingga tercapainya kejayaan ini dan ia tidak akan terlaksana tanpa sokongan, doa, harapan dan kepercayaan insan-insan
teristimewa berikut:

Sembah kasih yang tiada tolok bandingnya kepada Mak dan Ayah tercinta.....
Pn Rukiah binti Mohammad Salleh dan En Mhd Kamal Bin Hj Abdul Jabar
Yang sentiasa merestui dan mendoakan kejayaan walaupun tiada di sisi anakanda. Segala pengorbanan dan nasihat akan sentiasa menjadi dorongan buat anakanda dalam mengemudi kehiduppan ini...

Buat Teman Tersayang...Mohamad Haziq Bin Senin...insan istimewa yang sentiasa disisi dalam apa jua situasi..Yang sentiasa membantu menjaga makan dan minum diri ini tatkala kesuntukan masa menyiapkan projek..

Tidak lupa kepada...rakan-rakan seperjuangan FKAAS 07/11,
Terutamanya Ain, Azlieza, Afifah, Nora, Fazlin, Zyra dan Shakira.
Semoga kejayaan milik kita bersama.
Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan semangat yang diberikan.
Semoga persahabatan kekal abadi.



sedih pulak rasa bila terbaca page penghargaan yang dah dibuat untuk thesis ni... T_T

Friday, April 1

ASRAMA

Blog walking tengah malam dek kerana kebosanan roommate(rumet) tiada. Tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni. hmmm, Betol bosan sebab tak ada teman nak gaduh, dan tak ada teman yang nak dikacau. Mulat pula tengah futsal kat court. Jadi hp pon tak berbunyilah..

Lately aku jarang berkomunikasi dengan orang melainkan family dan mulat. Bukan nak menyombong, tapi sungguh hidup sangat busy. Thesis aku pon tak siap-siap lagi. Nak tidur pon limited. Bukti? Nah tengok mata panda ni.. Dark circle bawah mata macam orang baru lepas kene tumbuk wehh...ganas tak ganas tak? hehe. Pimple ko tak payah tanya lah. Memang subur mekar kebaboommm beranak pinak kat kulit muka ni.. grrrrr.

Blogwalking blogwalking, terbaca entry daripada mulat's lovely sister, Jia. Lama tak singgah blog dia. Baca eentry dia buat aku teringat macam mana awal-awal aku masuk asrama. I think she got the point to start a new life. Sama macam apa yang aku rasa duu, tapi situasi yang terbalik. For me, umur 16 tahun dah bijak fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Aku masuk asrama form-5. SMT KUALA SELANGOR. Masa tu aku ingin membawa hati yang agak lara membawa diri jauh dari Sg Buloh. Ekelehhhh mcm jauh je sg buloh ngn kuala selangor tu kan? 15 minit je kowt.. ;p

Aku ingat lagi macam mana aku tipu tandatangan ayah kat borang permohonan pindah sekolah. Actually form-4 aku sekolah kat SMT Sg Buloh. Ulang-alik je dari rumah. Then aku betul-betul rasa nak masuk asrama. Aku pun dengan sesuka hati buat surat mohon pindah sekolah kat SMT tunku Jaafar, negeri sembilan. Siap wat alasan ayah nak pindah tempat kerja lagi tu. hihi.

2 weeks after the application, transfer letter pon sampai kat rumah dan diluluskan. Merah padam muka ayah nak marah kat aku ni. Maka bermula la sesi soal jawab yang memilukan. Mula-mula aku tak dapat bagi alasan kukuh pun sebab aku nak pindah sekolah n masuk asrama. Semua orang rasa alasan aku macam orang tak matang. But deep inside i know, i have strong reasons enough. Paling penting, aku tak nak ambil masa untuk fokus dalam proses menenangkan jiwa aku kat situ. Sebab aku nak SPM masa tu. So better aku tingalkan tempat yang boleh buat aku tak fokus kat SPM. Aku pilih untuk masuk asrama sekolah lain. Jauh sikit. Memang aku tak tau apa yang bakal berlaku, tapi at least bila kita ada misi untuk berada kat tempat tu, kita akan ambil segala risiko sebagai cabaran, right?? hehe


Seminggu jugak la aku rasa macam aku orang asing kat dalam rumah. Mak mogok tak nak ckp ngn aku. Aku faham, mak ngan ayah bukan sedih sebab aku tiru tandatangan atau apa, diorang sedih sebab aku nak berjauhan dengan diorang. Yela, aku kan satu-satunya anak diorang. at last, aku bkk mulut suruh ayah hantar aku kat asrama gak. 1st time nampak ayah menitik airmata. nampak berat sangat tekanan yang aku beri. Aku pun nangis2 masa tu. Pujuk ayah supaya yakin pada aku..ayah terdiam tengok aku. Dari dapur, sambil teresak-esak dan nada marah mak ckp kat ayah 'biar kan dia pergi!..dia nak pergi sangat tu..". At last, ayah bagi kebenaran jugak. Tapi ada deal, aku boleh masuk asrama kuala selangor je. Sebab dekat sikit..Ayah pon kehulu kehilir naik turun pejabat kementerian pelajaran teknikal uruskan hal pemindahan.. Dalam hati, aku tekad, aku akan pastikan semua tu berbaloi.;)

Masa mula-mula aku masuk asrama, memang tak ada kawan. sebab time tu semua orang dah ada geng sendiri. Standard la asrama, ada geng2. Susah sangat sebab tak biasa ngan kehidupan asrama. nak cakap 'after' kat toileet pon tak pandai.hoho. Tapi aku tak nangis setitik pon, sebab, aku dah tekad harungi semua tu sendiri. Satu hari ada minah ni sound aku sebab konon2nya aku goda bf dia, pastu ada taiko asrama backup aku. Taiko sebab memang samseng gila minah ni. ngan lelaki pon dia gadoh. tp dia backup aku time tu. Terus tak jadi budak tu cari pasal ngn aku.hihi.

Sejak haritu, aku geng ngan dia. Tapi taiko2 dia pon, dia respect cara aku. Sbb tu aku go on kwn dgn dia. Sampai skrg kwn baik ;) PAJEL!!!!! Asrama memang best. rugi jadi budak nerd klu kt asrama (pssss, mcm mulat. budak surau je dia.. ;p). Aku tak menyesal langsung pindah sekolah n masuk asrama. Alhamdulillah lepas SPM, aku dapat masuk matrikulasi. Seterusnya sambung ijazah kat UTHM ni. Skarang dah final year pown..huuu...

PALING AKU TAK REGRET PINDAH SEKOLAH TU, AKU DAPAT KENAL SIAPA 'MOHAMAD HAZIQ BIN SENIN'... ;) My Soul-mate now..huuuu^^

P/S: Dear jia, i believe u have choose the best path for your life too^^.

Wednesday, March 23

3rd Putrajaya Hot Air Ballon Festival





we are bff

pic bwh nih memang tak bleh blah aku gelak..sebab gelakkan kasut nani yang tercabut tapak!
haha, penat oo jalan2...seb bek time ni nak balik dah.same jalan tak pakai kasut lorr ;D


My magic ice-cream!

When theres no one to heal my sadness, ice-cream always be my other half..perfect! soothing my emotional conflict as well, and sometimes its better than persons.haha. Awesome sgt kalau makan eskem sambil nangis2... Lagi awesome bila makan eskem mangkok besar hadap sorang2. tak yah sopan2 makan tu, senduk je trus masuk mulut. ahahahaha, kau akan rasa semua masalah kau tu macam kau senduk bawak masuk mulut dan akhirnya caer dan hilang. Senduk dan Senduk lagi bawak masuk mulut! Ambek kau masalah! kasi telan sama kau!muahahaha (ergg, nak story pon emo..haish!)=p

ni la eskem fav aku...Sedap tak hingat! Ni size besar...aku slalu beli size kecik je rm9. Beli yg besar ni aritu lepak ngan nani, rosdi, fatin, nieda...Makan same2 satu mangkok! Comot same2! hehe


Ni kalau lepak kat the curve, Lecka-Lecka Icecream always be my Fav.. Tak muak sgt rasa dia..BESH!



The following are a number of fun facts about ice cream that you’ll find interesting especially if you’re an ice cream lover like me. MAGIC NYA ICECREAM KU ;)

• The world’s favourite ice cream flavour is Vanilla with Chocolate running a distant second.

• The Beatles was the first rock band to have an ice cream named after them.

• Ice cream is an $11 billion-a-year retail industry wide world.

• Haagen Dazs isn’t really Danish. It’s made in New York. The original maker thought Denmark had a good marketing image and so did all he could to make his gourmet ice cream sound Danish.

• Before entering politics Margaret Thatcher was part of a team of chemists who invented the soft-serve ice cream making process and made it commercially viable.

• New Zealand has the largest per capita consumption of 23 litres yearly.

• The first ice cream advertisement appeared in 1777.

• Ice cream sundaes were invented when religious conservatives claimed ice cream sodas were too sinfully good to have on Sundays. Undaunted, ice cream shop owners held back on the soda water, thus creating the ice cream sundae.

• 50% of ice cream novelties popsicles, cones and ice cream sandwiches are consumed by adults.

• Kansas once had a law that banned ice cream from being put on cherry pies.

• On an average, It takes 50 licks to finish up a single scoop serving of ice cream on a cone.

• Children aged 2 to 12 years and adults over 45 years old eat the most ice cream.

• Ice cream contains more fat than gelato. Gelato is typically made with less butter fat and less sugar, and is frozen in small batches, so it is less aerated and denser than typical ice cream.

• Air is one of ice cream’s main ingredients. Without it ice creams would be as hard as a rock.

• Chocolate syrup is the most popular ice cream topping in the world. Whipped cream comes a close second though.


p/s: teringin nak makan ice cream goreng sekarang......nakkkkk!!!

Sharing Is Caring!!

Kelembapan otak mula menguasai dek kerana kelas-kelas yang sentiasa cancel. Ok, memang aku tak suka pergi kelas, tp aku suka aku busy. Kalau tak busy, aku tido dengan hebatnya. huuuuuu~ 12jam++ kowt. Style aku, tido biar straight panjang, jangan bangun tido bangun tido. Nanti cepat tua!! <-------< MEMANDAI JER!
Sebab lately, mulat agak busy dengan test-test dia, maka, sebagai GF yang memahami giler and tak selalu merajuk,
Tak nak la kacau aku pon asyik layan NINA COMEYL kat you tube...si anak kacukan american+japanese =)




hoho seyes weyh, aku nak anak macam NINA! bijak.... aku lyn dah semua vid dia. personally, i admired her parents so much. They both very awesome. Such a good example in parenthood ;) Try la layan....memang comel n best tgk nina. Bak kata mulat, kalau dapat anak mcm Nina, die tak nak kuar umah...nak keje dr umah sambil jage anak kate nye..hahaha~

Tuesday, March 1

IT ISN'T YOU, ITS ME..

saya sgt complicated. ye, kamo0 betul. Saya yang complicated kan keadaan. Kadang-kadang rasa nak dok dalam gua sorang2. Tak pon ada pelindung a.k.a baju kebal yg dapat lindungi perasaan drpd perkara yang tak sepatut nya. Tapi saya bkn lagi kanak-kanak yang cuma ada masalah besar bila tak tahu nak bagi barbie doll pakai baju apa. No..
Kadang-kadang rasa rugi jadi orang dewasa. but it is life. Nak tak nak u must face it and survive as well.

Memang sungguh saya bukan perfect. Banyak benda yang saya tak reti nak buat. Kawan-kawan pon kdg2 saya tak reti jaga hati mereka. Bukan tu je, Ma n ayah juga ntah berapa kali ntah dah terluka dgn sikap sy. Apatah lagi si dia. Bukan sy tak nak jd PERFECT tu, sy sentiasa try. Tapi, sampai satu-satu masa, terasa down maka semangat pon hilang entah ke mana. Mcm malam ni =,=.

Memang betul, untuk berubah kadang-kadang kite perlu meniru daripada seseorang. Contoh paling jelas, meniru peribadi dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya cuba berubah, tapi dalam certain2 perkara, ada persoalan yang timbul di sini. AM I READY FOR THAT? Sungguh kadang-kadang rasa tak terdaya memuaskan hati semua orang T_T. Kadang-kadang juga sy rasa hipokrit kalau sy buat sesuatu yang bukan wujud dari diri sendiri. Memang lah untuk kebaikan, tapi bila sampai satu tahap, saya rasa sakit dan lagi worse. Contoh simple, utk berpura-pura jd GF yang memahami giler n tak jeles, seyesly mula-mula dapat tahan. At last, memang rasa cam nak lari jauh-jauh..

Kadang-kadang ada perubahan yang kita teringin sangat nak buat, tapi masih lagi takut melaksanakan. Contoh, teringin nak pakai purdah. Suka tengok orang2 yang berpurdah. mentaliti orang pon, perempuan berpurdah ni baik, alim, perfect dan confirm cantik. ye, saya pon fikir mcm tu. Tapi, sy memang rasa tak layak lagi. Saya takut, sbb sy banyak sgt yang tak perfect. Jangan kata berpurdah, bertudung litup sentiasa pon selalu terabai. Saya tak nak dgn kehadiran sy yang tak perfect serba serbi ni dlm golongan yang berpurdah, sy akan merosak kan pandangan orang lain terhadap wanita-wanita berpurdah yg sememangnya perfect tu. (ok, sy taw kalau fikir dlm konteks agama, agak kolot berfikir cmni).

Apa-apa pon perubahan yang bakal berlaku dalam hidup sy, sy harap itu adalah diri sy dan memang sy mampu. Saya harap sy dapat lakukan dgn kesungguhan dan keikhlasan. At least, sy dapat jd someone yang terbaik utk ibu bapa sy, kawan-kawan, family and someday for my future husband. Saya ingin jadi yang TERBAIK buat mereka walaupon sy bukan PERFECT.

p/s: Bak kata si blogger AZZARIAT, YANG PERFECT TAK SEMESTINYA TERBAIK, TAPI YANG TERBAIK TENTU PERFECT ;) -sungguh memberi semangat utk terus berusaha jd terbaik bila bce article ni. "yg-sempurna-bukanlah-yg-terbaik"

Tuesday, February 15

bersukan utk fit atau sebab bosan?

mostly lelaki bersukan sbb nk badan mantap kan? kan3? nk six pack lah ape lah..ergg, tp aku geli weh tgk bdn berketol2..seyes!lagi2 yang bina badan tu, taruk minyak bagai..yeeeekkkk!! tak selera i tgk..ekekeke~ mcm la dia heran aku tgk ke tak..=p
Girl plak bersukan mostly nk maintain SLIM n FIT...disamping nk menyehatkan badan lah.. tp aku???

baru perasan yang aku ni, BERSUKAN BILA BOSAN!. hohoho. Hiking bila bosan, jog bila bosan, men layang2 bila bosan, main extreme game bila bosan..mcm2 lah 'BILA BOSAN'. heeee~

Now, terfikir nk Sukan juga sbb TGH BOSAN. Nasib tengahari sekarang. Nak bersukan terfikir sun burn plak. haish, rugi la kalau sun burn. Nak putih punye la susah beli produk muka mahal2, nak hitam tu senang je kan? ;p






p/s: men layang2 kat taman pon kira bersukan rite??? teeheeee~
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr