Wednesday, April 6

.....


Alhamdullilah...
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat jua laporan projek dan pengajian ini disudahkan sebagaimana diharapkan.
Terlalu banyak pengorbanan yang telah ditagih dan cabaran berserta halangan perlu dilalui sehingga tercapainya kejayaan ini dan ia tidak akan terlaksana tanpa sokongan, doa, harapan dan kepercayaan insan-insan
teristimewa berikut:

Sembah kasih yang tiada tolok bandingnya kepada Mak dan Ayah tercinta.....
Pn Rukiah binti Mohammad Salleh dan En Mhd Kamal Bin Hj Abdul Jabar
Yang sentiasa merestui dan mendoakan kejayaan walaupun tiada di sisi anakanda. Segala pengorbanan dan nasihat akan sentiasa menjadi dorongan buat anakanda dalam mengemudi kehiduppan ini...

Buat Teman Tersayang...Mohamad Haziq Bin Senin...insan istimewa yang sentiasa disisi dalam apa jua situasi..Yang sentiasa membantu menjaga makan dan minum diri ini tatkala kesuntukan masa menyiapkan projek..

Tidak lupa kepada...rakan-rakan seperjuangan FKAAS 07/11,
Terutamanya Ain, Azlieza, Afifah, Nora, Fazlin, Zyra dan Shakira.
Semoga kejayaan milik kita bersama.
Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan semangat yang diberikan.
Semoga persahabatan kekal abadi.



sedih pulak rasa bila terbaca page penghargaan yang dah dibuat untuk thesis ni... T_T

2 feedback:

cemomoi said...

dah nak konvo ke... tahniah le

cabaran baru menunggu tuuu

SyiEra said...

thanks...insyaALLAH... ;)
takut jugak, tp yela, kne gak tempuhi mse2 depan..
hmm

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr