Friday, April 1

ASRAMA

Blog walking tengah malam dek kerana kebosanan roommate(rumet) tiada. Tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni. hmmm, Betol bosan sebab tak ada teman nak gaduh, dan tak ada teman yang nak dikacau. Mulat pula tengah futsal kat court. Jadi hp pon tak berbunyilah..

Lately aku jarang berkomunikasi dengan orang melainkan family dan mulat. Bukan nak menyombong, tapi sungguh hidup sangat busy. Thesis aku pon tak siap-siap lagi. Nak tidur pon limited. Bukti? Nah tengok mata panda ni.. Dark circle bawah mata macam orang baru lepas kene tumbuk wehh...ganas tak ganas tak? hehe. Pimple ko tak payah tanya lah. Memang subur mekar kebaboommm beranak pinak kat kulit muka ni.. grrrrr.

Blogwalking blogwalking, terbaca entry daripada mulat's lovely sister, Jia. Lama tak singgah blog dia. Baca eentry dia buat aku teringat macam mana awal-awal aku masuk asrama. I think she got the point to start a new life. Sama macam apa yang aku rasa duu, tapi situasi yang terbalik. For me, umur 16 tahun dah bijak fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Aku masuk asrama form-5. SMT KUALA SELANGOR. Masa tu aku ingin membawa hati yang agak lara membawa diri jauh dari Sg Buloh. Ekelehhhh mcm jauh je sg buloh ngn kuala selangor tu kan? 15 minit je kowt.. ;p

Aku ingat lagi macam mana aku tipu tandatangan ayah kat borang permohonan pindah sekolah. Actually form-4 aku sekolah kat SMT Sg Buloh. Ulang-alik je dari rumah. Then aku betul-betul rasa nak masuk asrama. Aku pun dengan sesuka hati buat surat mohon pindah sekolah kat SMT tunku Jaafar, negeri sembilan. Siap wat alasan ayah nak pindah tempat kerja lagi tu. hihi.

2 weeks after the application, transfer letter pon sampai kat rumah dan diluluskan. Merah padam muka ayah nak marah kat aku ni. Maka bermula la sesi soal jawab yang memilukan. Mula-mula aku tak dapat bagi alasan kukuh pun sebab aku nak pindah sekolah n masuk asrama. Semua orang rasa alasan aku macam orang tak matang. But deep inside i know, i have strong reasons enough. Paling penting, aku tak nak ambil masa untuk fokus dalam proses menenangkan jiwa aku kat situ. Sebab aku nak SPM masa tu. So better aku tingalkan tempat yang boleh buat aku tak fokus kat SPM. Aku pilih untuk masuk asrama sekolah lain. Jauh sikit. Memang aku tak tau apa yang bakal berlaku, tapi at least bila kita ada misi untuk berada kat tempat tu, kita akan ambil segala risiko sebagai cabaran, right?? hehe


Seminggu jugak la aku rasa macam aku orang asing kat dalam rumah. Mak mogok tak nak ckp ngn aku. Aku faham, mak ngan ayah bukan sedih sebab aku tiru tandatangan atau apa, diorang sedih sebab aku nak berjauhan dengan diorang. Yela, aku kan satu-satunya anak diorang. at last, aku bkk mulut suruh ayah hantar aku kat asrama gak. 1st time nampak ayah menitik airmata. nampak berat sangat tekanan yang aku beri. Aku pun nangis2 masa tu. Pujuk ayah supaya yakin pada aku..ayah terdiam tengok aku. Dari dapur, sambil teresak-esak dan nada marah mak ckp kat ayah 'biar kan dia pergi!..dia nak pergi sangat tu..". At last, ayah bagi kebenaran jugak. Tapi ada deal, aku boleh masuk asrama kuala selangor je. Sebab dekat sikit..Ayah pon kehulu kehilir naik turun pejabat kementerian pelajaran teknikal uruskan hal pemindahan.. Dalam hati, aku tekad, aku akan pastikan semua tu berbaloi.;)

Masa mula-mula aku masuk asrama, memang tak ada kawan. sebab time tu semua orang dah ada geng sendiri. Standard la asrama, ada geng2. Susah sangat sebab tak biasa ngan kehidupan asrama. nak cakap 'after' kat toileet pon tak pandai.hoho. Tapi aku tak nangis setitik pon, sebab, aku dah tekad harungi semua tu sendiri. Satu hari ada minah ni sound aku sebab konon2nya aku goda bf dia, pastu ada taiko asrama backup aku. Taiko sebab memang samseng gila minah ni. ngan lelaki pon dia gadoh. tp dia backup aku time tu. Terus tak jadi budak tu cari pasal ngn aku.hihi.

Sejak haritu, aku geng ngan dia. Tapi taiko2 dia pon, dia respect cara aku. Sbb tu aku go on kwn dgn dia. Sampai skrg kwn baik ;) PAJEL!!!!! Asrama memang best. rugi jadi budak nerd klu kt asrama (pssss, mcm mulat. budak surau je dia.. ;p). Aku tak menyesal langsung pindah sekolah n masuk asrama. Alhamdulillah lepas SPM, aku dapat masuk matrikulasi. Seterusnya sambung ijazah kat UTHM ni. Skarang dah final year pown..huuu...

PALING AKU TAK REGRET PINDAH SEKOLAH TU, AKU DAPAT KENAL SIAPA 'MOHAMAD HAZIQ BIN SENIN'... ;) My Soul-mate now..huuuu^^

P/S: Dear jia, i believe u have choose the best path for your life too^^.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr