Friday, August 27

kerana kita manusia tanpa ESP

kalau kau jenis layan cerita tv3 petang-petang, tentu kau tahu apa kejadah nye ESP tu. Sedikit info dari pakcik goOgle :

Extrasensory perception (ESP)= involves reception of information not gained through the recognized physical senses but sensed with the mind.

Diringkaskan cerita, ESP ni boleh dikatakan sixth sence yang bisa buat kau tahu apa yang akan berlaku mahupun yang telah berlaku diluar pengetahuan kau. Bagus kan kalau kita ada ESP ni. Tak ada la aku duduk termenung jam 2.30 pagi ni untuk fikir sesuatu yang tak mungkin aku temui jawapannya sekarang.. hmmm...

Bila duduk sorang-sorang dalam sunyi dan sepi, maka ter muhasabah lah diri sedikit sebanyak. Mungkin sebab ini Allah menyuruh umat manusia beribadah sepertiga malam. Sungguh, bukan senang untuk aku berjaga malam. Mungkin sebab otak rancak berfikir tentang apa yang aku bincangkan dengan mulat tadi. Tentang masa depan. Tentang sesuatu yang kami impikan tapi belum tentu itu takdir dari-NYA. Ia mula buat aku takut. Sungguh. Dan aku pasti korang yang ber'couple' pon akan fikir benda yang sama.

Sebenarnya, kalau kita sedar, kasih sayang tu sendiri adalah anugerah dari Allah. Bukan semua orang dapat rasa apa yang kita rasa, dan perasaan setiap orang itu berbeza-beza. Tak kiralah apa yang bakal berlaku akan datang, selagi anugerah tu masih untuk kita, kita patut hargainya kan?

Teringat masa aku putus cinta dulu-dulu, ayah cakap : "kat dunia ni semua pinjaman. ayah pinjaman, mak pinjaman, even nyawa kita pon pinjaman. Takkan ada yang kekal milik kita. kalau bukan hari ni ia pergi, suatu hari ia akan pergi juga. cepat atau lambat sama je sebenarnya. jangan sedih lah" -menitis juga airmata yang ditahan-tahan. Ayah memang memahami aku walau tanpa aku bersuara sikit pon. Ayah, kamoo memang sangat hebat memujuk hati ini =)

p/s: mulat, saya akan selalu setia menemani kamoo selagi kamoo masih dipinjamkan utk saya. ITU SAYA JANJI.

Wednesday, August 25

Handphone dulu kala VS kini.

Bila umur dah kira 'up' , maka handphone juga kena lah 'up'. ahh,,,ini cuma teory aku saja. sedangkan ayah masih pakai handphone sama sejak 5 tahun lalu. Tak up2 pon dan tak penah dia kesah. Tak serabut katanya, function senang, button pon besar-besar. Sesuai untuk ayah yang bermata empat sekarang. hmmm itu lah alasan dia setiap kali aku ajuk handphone 'mahal' dia. huhuhu~. Kalau nak kira kemampuan, 10x ganda canggih daripada handphone aku dia mampu beli.



Mengimbau zaman mula-mula kenal Handphone, kenal SMS, aku tak ada handphone lagi masa tu. Maklumlah baru darjah 6. Zaman tu aku masih main digimon, cyberpet, dan paling 'up' pon komputer yang desktop nye sebesar pemeluk. Game je la yang aku reti. Naik form1, aku mula belajar nak pakai SMS. Tu pon curi-curi pakai handphone mak. Perasaan first time hantar dan terima SMS = AWESOME!. hahaha aku rasa semua orang pon mula-mula macam tu. Curi-curi pakai Hp mak bapak kan?.



Kemudian aku decide untuk beli sim card sendiri. ahaaa..ada motif. Yela, dah start nak mesej kawan berlainan jantina kan. Remaja kan, gatal curious nak berkawan dengan jantina berbeza. Handphone masih aku guna handphone mak. Tukar-tukar sim. Satu hari, sim card mak hilang. Apalagi, mengamuk la dia dan merajuklah aku seminggu. Sensitip tahap gaban. Kebetulan ia seminggu sebelum hari lahirku.



Setelah seminggu muncung sedepa, ayah hadiahi aku HP sempena hari lahir. Guess what??? Nokia 3310!! ouh, itu kira handphone paling up zaman tu untuk remaja mcm aku. Gembira tak terkata. Handphone pertama dalam hidup la katakan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------



10 tahun berlalu,

ada la kira-kira 9 buah handphone telah aku pakai. Macam-macam brand ; nokia, sony erricson, motorola dan samsung. Hmm, lately ni baru aku kerap tukar handphone. Masa zaman nokia 3310 aku, 3 tahun aku pakai ia. Tahan giler. Durability dia memang tak boleh dipertikaikan. Jatuh dari tingkat 2 kat sekolah, rileks je. Cikgu displin aku baling bawah sebab dah bagi amaran 3 kali, tapi aku bawak lagi. Bajet handphone aku berkecai la dia baling tuh. dia tak tau lepas tu aku kutip balik, pasang, handphone aku tu sehat walafiat je. kihkihkih. Buang tenaga je =p



Tapi, tuhan tu bayar cash kat aku sebab gelak kan cikgu displin aku tu, seminggu lepas tu 3310 tersayang hilang sebab ada orang curi dari dalam beg. T_T



Kalau korang perasan, Handphone sekarang sangat sangat sangat lembik. Tak kira brand, memang sume lembik walaupun Blackberry sekalipon. (mulat, hp kamoo pon sy kira lembik jugak. jgn marah okes ;) ) Tak payah cakap handphone korang, aku punya handphone sekarang, baru jatuh dari katil pagi tadi skrin dah blur-blur. cess, tersinggung je kot. Belom lagi aku baling masa Alarm macam ex 3310 aku tuh. Sekarang aku pakai Nokia 5530 touch skrin, tapi tak se AWESOME nokia 3310 aku dulu.





p/s: nokia 3310 dah tak ada kat pasaran mungkin sebab dia terlalu AWESOME dengan orang-orang ganas mcm eden. maka, ia akan merugikan NOKIA. Conclusion: orang-orang mcm eden jugalah yang sedang meng'kaya'kan syarikat handphone sedunia! muhahaha..

Wednesday, August 18

Kita Kawan Sampai Mati


main story for this entry is actually about GENG, HOUSEMATE, SAING, SET2, KLIK, CYG2, n ntah ape2 ntah lg panggilan yang sewaktu dengan nye.

kdg2 first impression kte kat seseorang tu tak leh pakai wlu 1% pon untuk menilai dia bleh jadi teman yang baik atau tak.. tapi aku bersyukur, menemui teman seperjuangan yang sgt AWESOME! (ergg secret2 ckp kat blog sebab mereka sgt poyo kalau taw mereka awesome pd sy) hoh0.


"SAIA SAYANG HOUSEMATES SAIA"

sejak sem 1 berkenalan di hostel UTHM, kami kekal jd kwn..dan seterusnya housemates menyewa rumah sama-sama. Punyala ta mao pisah, 8 org sumbat satu umah pon redha. ;) masing2 punya perangai yang pelik-pelik belaka.


---------------------------------------------------------------------------------------------

kalau bab tido serahkan pada yang pakar NORA..ahaks, sambil tggu org jemput die kat umah pon die boleh tido dengan pakai tudung.huhu tido maccam orang kaya2 plak tu..kaki naik atas!! sayang dia sebab dia selalu redha menemani aku kemana saja..wlupon tak boleh tdo ;)

kalau makan and shoping, sape lagi kalau bukan PIPAH. bulat mata tgk dia shoping. amek je trus byr..hu3. suka curious dlm segala hal wlupon remeh. jgn la sebot name die kalau tgh ckp ngan org len. jap g die datang ty 'kenapa sebut nama pipah???' selagi tak jwb, siap la die ikot je... Tp die comel, n ceria kan keadaan ;)


SHAKIRA pula memg suka bagi soalan membunuh. Perli dia tahap gaban. Rasa nak bagi backhand pon ade kalau dia bergurau lawak giler tapi muka dia serius. kami yang gelak pecah perot. Kalau tibe2 ada bau kentot, tak pyh ty2 sapa kentot, nnt dia mengaku dgn sendirinya..muka tak bersalah.haha. Tapi dia bab tolong org, memang no1. low profile juga..
Orang yang boleh aku kata kan perempuan melayu terakhir, ZYRA. kalau die gayut, sumpah mcm dalam selimut wlupon cuma dudok sebelah ko. tu bkn gayut ngn bf tu. kalau ngn bf, die ckp sumpah mcm semut ckp. tak taw la bf die tu tinge ape kan...hebat boleh denga. teringat cerita REPOMAN yang boleh tuka jenis telinga kat black market. siap ada volume control kat belakang tellinga. style lah. hoh0. Lembut dlm setiap perlakuan, tapi agak tegas dgn kehendak dia..ko ckp ape pon, kalau dia nk dia nk. nway die nice gurl ;)


RUMET=AIN. Hantu korea. Bf dia ialah lappy dia. kalau lappy dia rosak, dia punya frust mcm org mati laki. trus balik umah kg cari ketenangan. siot je kan..huhu, tapi pendengar yang baik. wlupon dengar mimpi2 mengarut aku setiap kali bangun tdo. Dia sangat suka buli aku, tapi sangat suka juga layan perangai aku. penah gadoh ngn dia sampai aku nangis dalam toilet berjam2 tak kuar.haha. kes paling aku pecah perot gelakkan dia bila dia nangis teresak-esak sebab aku bg dia tengok video hantu. sumpah dia dendam giler dgn aku.ngeeee~

ZA plak...someone yang tegas. sound direct punye. hu3. Dia pernah hilang moto dkat rumah sewa kami.. peneman aku ponteng kuliah, g makan...hahaha. cantik orang nye. dia juga la geng aku layan pompuan2 cantek kat tenet.. ergg tgk video2 dance pompuan cantek je, bkn ape pon.

secomel rabbit, itulah LIN. Paling pandai antara kami. low profile juga.. Dlu mula2 kenal agak gerun ngn die sbb dia mcm garang tp lama2 ok je. Sgt ok. Pelik nya dia sebab sgt suka simpan makanan dalam peti sejuk n akan mkn mknn tu selagi dia rasa elok. Penjimat yang berjaya. seyes.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr