kalau kau jenis layan cerita tv3 petang-petang, tentu kau tahu apa kejadah nye ESP tu. Sedikit info dari pakcik goOgle :
Extrasensory perception (ESP)= involves reception of information not gained through the recognized physical senses but sensed with the mind.
Diringkaskan cerita, ESP ni boleh dikatakan sixth sence yang bisa buat kau tahu apa yang akan berlaku mahupun yang telah berlaku diluar pengetahuan kau. Bagus kan kalau kita ada ESP ni. Tak ada la aku duduk termenung jam 2.30 pagi ni untuk fikir sesuatu yang tak mungkin aku temui jawapannya sekarang.. hmmm...
Bila duduk sorang-sorang dalam sunyi dan sepi, maka ter muhasabah lah diri sedikit sebanyak. Mungkin sebab ini Allah menyuruh umat manusia beribadah sepertiga malam. Sungguh, bukan senang untuk aku berjaga malam. Mungkin sebab otak rancak berfikir tentang apa yang aku bincangkan dengan mulat tadi. Tentang masa depan. Tentang sesuatu yang kami impikan tapi belum tentu itu takdir dari-NYA. Ia mula buat aku takut. Sungguh. Dan aku pasti korang yang ber'couple' pon akan fikir benda yang sama.
Sebenarnya, kalau kita sedar, kasih sayang tu sendiri adalah anugerah dari Allah. Bukan semua orang dapat rasa apa yang kita rasa, dan perasaan setiap orang itu berbeza-beza. Tak kiralah apa yang bakal berlaku akan datang, selagi anugerah tu masih untuk kita, kita patut hargainya kan?
Teringat masa aku putus cinta dulu-dulu, ayah cakap : "kat dunia ni semua pinjaman. ayah pinjaman, mak pinjaman, even nyawa kita pon pinjaman. Takkan ada yang kekal milik kita. kalau bukan hari ni ia pergi, suatu hari ia akan pergi juga. cepat atau lambat sama je sebenarnya. jangan sedih lah" -menitis juga airmata yang ditahan-tahan. Ayah memang memahami aku walau tanpa aku bersuara sikit pon. Ayah, kamoo memang sangat hebat memujuk hati ini =)
p/s: mulat, saya akan selalu setia menemani kamoo selagi kamoo masih dipinjamkan utk saya. ITU SAYA JANJI.
Friday, August 27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 feedback:
Post a Comment