Saturday, June 26

Somewhere i called HOME.


With no way to get home
And I dont wanna go, go
I dont wanna go, go
I dont wanna no, no
I dont wanna it, down low

.:I dont want to walk this earth if I gotta do it solo:.
Pertama sekali yang terbayang dalam minda bila kita sebut rumah, mesti keluarga kan? Ada kasih sayang dalam rumah. Tapi macam mana kalau kita sebenarnya homeless walaupun ada rumah? (eh, bukan 'kita' la, 'aku') ;p
Kalau nak riak lagi takbur, aku boleh je cakap rumah aku bukan setinggan, bukan rumah yang bila hujan je ada bocor di sana sini, dan bukan juga rumah yang kau nak jalan pon berselisih bahu dengan orang lain. waah, bunyi macam besar n bagus sangat je rumah aku..hebat sgt ke?
jawapan dari mulut: ergg rumah aku selesa aje, ada 4 bilik, 2 bilik air, 2 ruang tamu dan 1 dapur. owh, ade juga porch kereta dan halaman yang boleh buat padang bola.
jawapan dari hati: sebenarnya aku dah homeless..aku lagi teruk dari orang yang dudok setinggan ataw rumah kotak. hahaha rumah aku tibe2 jadi lutsinar kot. ;p
p/s: now tengah kumpol wet bli hp baru sbb hp dua2 da mengong. tak mao paw mak lg. nak paw ayah, tp my little brother nak daftar IPTA..byk nak pkai dwet kowt. hmm aku anak tunggal tapi aku ada 7 adik beradek. should be more tollerate to them.

Monday, June 21

puas sayang? ;)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s: aku ty mulat soalan yang sama..mulat jwb "sy ambil la bunga tu naek helikopter utk syg"..ergghh adeyh~ jwpn tak romantik betol. speechless aku dibuat nye.hoho

Wednesday, June 16

Selangor Dah Makin Crouded.

Ouh. Jangan cari pasal dengan saya kalau baru lepas tempuh jem. Bak kata ayah, muncung siap boleh ikat reben. Haha, saja lagi panjang kan muncung sebab nak ayah taw "Kereta manual dah tak sesuai utk anak dia yang aktif berjalan" . Bajet macam boleh dapat kereta baru aje. Sedangkan saya tahu kalau saya minta sambel menangis guling-guling pon ayah buat tak faham aje.

hoho

Sg Buloh kalau tak jem tak sah. Lagi-lagi peak hours time balik kerja. Tak ada jalan tak jem. Short curt yang lorong-lorong kecik pon peoples dah tahu. Wah, macam mana nanti bila saya dah kerja? (dalam otak sebok fikir nanti nak dudok cerok kg bila dah ada family sendiri). Mulat mao kah? hehe..

Kan bagus kalau tiub manusia futurama itu wujud.hehe. Boleh sedut saya ke mana-mana tanpa jem ataw pandu 30km/hr belakang lori.

hmm, 10 tahun akan datang apakah kereta sudah tak releven penggunaannya? Atau motosikal kembali jadi pengangkutan utama? hah.

Jangan beranak ramai-ramai. bumi sesak. ;))

Monday, June 14

(T_T) feeling. touching. cRying. dying.

bila setiap perbincangan menjadi perbalahan, di manakah cinta kasih...?

Saturday, June 12

musuh itu kawan.

nope, i'm not saying i'm ur enemy dear friends...
kadang-kadang kau tak sedar iri hati itu ada pada sesiapa sahaja..
Iri hati pada kecantikan, kekayaan, kedudukan, kebahagiaan atau apa saja..
Persoalannya, kalau kau tahu dia musuh, itu tak apa. Kau boleh elak dari dia. Boleh buat U-turn atau pura-pura tak nampak dia kalau terserempak...TAPI...
Macam mana kalau dia musuh yang kau tak nampak? Yang kau tak tahu pun dia sedang memusuhi kau? Hmm..pernah dengar tak orang cakap musuh terhebat ialah seorang kawan? Lately aku terfikir itu..paranoid sangat kah aku?
Teringat aku pernah menyimpan rahsia seorang teman. Teman yang sanggup bermesej lucah dengan BF kawan baiknya sendiri. Hampir gugur jantung bila terbaca mecej lucah mereka. Sungguh aku tak faham di mana nilai persahabatan tika itu.. Apa erti kepercayaan dan nilai kasih sayang.
Aku sedar aku bukan teman yang selalunya ada buat teman-teman ku. Aku tak text kau selalu, tak call kau, n kadang-kadang tak jumpa kau pun. Lagi-lagi no hp tukar macam tukar berus gg je. Tapi once kau dah kawan dengan aku, aku tak kn tinggalkan kau bila kau susah. Sebab bagi aku, bila kau susah je aku dapat buktikan yang aku betul-betul sayang kau dan kau akan fhm nilai persahabatan buat kita. Just tell me and i'll be there for u. FB ade kan, rodger je anytime... ;p
Tapi, aku harap, jangan lah kau menyimpan sekelumit pon dendam pada aku. Sebab aku tak ingin sikit pon melukai persahabatan kita. Kalau ada yang kau tak suka, kata kan.. Aku tahu dan kau juga tahu..Manusia itu tak sempurna..
Tak perlu ada iri hati, sebab apa yang aku ada tak semestinya kekal milik aku. Dan mungkin aku sendiri tak pernah ada apa yang kau miliki. Life always fair, but peoples always miss to see them all.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr