Friday, May 14

Fakta Sengal Tentang Perempuan

  1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
  2. Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
  3. Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
  4. Perempuan suka bercakap. Walaupun mereka tak ada apa-apa perkara untuk dikatakan, mereka tetap akan bercakap walaupun hanya untuk membicarakan tentang perkara yang sama berulangkali. Kadang-kadang orang yang mendengar pun dah boleh hafal jalan ceritanya
  5. Perempuan tak ada apa-apa untuk dipakai bila diajak untuk keluar.Janganlah tanya tentang baju yang bertimbun dalam cupboard 5 pintu dia tu. Mesti dia akan cakap, ‘Tak ada bajulah nak pakai’. Oh shut up. You just don’t understand.
  6. Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
  7. Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.
  8. Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Brad Pitt.
  9. Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut.
  10. Perempuan suka bertanya tentang perkara yang tidak mempunyai jawapan yang tepat. Itu salah satu usaha untuk membuatkan anda rasa serba salah walaupun anda tak bersalah. Terutamanya jika anda lelaki.
  11. Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.
  12. Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
  13. Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
    tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda..

p/s: aku rase SENGAL tahap cipan fakta-fakta nih.. tapi...hati kecil berkata "a'ah laaa, aku cmtu!!"

0 feedback:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr