Tuesday, March 9

meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang

menghargai orang lain itu susah kalau diri sendiri tak dihargai. Mengasihi orang lain juga susah sekiranya diri tidak dikasihi..

Hidup ini jelas sekali umpama rollercoaster..sekejap kau dibawah dan sekejap kau diatas. kadang-kadang kau pening dan hanya berharap dapat sampai kepenghujungnya. Kau akan kata 'waah, sgt advanture' bila sepanjang kau di atas dan di bawah kau dapat berfikiran positif. sebaliknya bila kau cuma rasa kau akan mati sepanjang naik menda tuh~ okeh, itu aku ;p

Bawah atau atas tempat kau, bukan kau yang meletakkan takdir. tapi kau mampu berusaha dan terus berusaha. kadang-kadang aku jua rapuh pendirian dan kadang-kadang rasa ingin bawa diri jauh-jauh ke sudut dunia yang tak berpenghuni. Mujur insan-insan tersayang segera mengembalikan aku ke dunia nyata. dunia di mana kau perlu letak suatu keberanian dalam perjalanan, berbekalkan tawakal pada yang maha pencipta.

Biar kurang mana pun diri kau, kau patut menghargai diri sendiri. maka kau akan dapat menghargai orang lain dalam hidup kau. Sebab kasih dan sayang itu wujud bila kita saling menghargai. Dengan kasih sayang, yang berat itu boleh jadi ringan, yang susah itu boleh menyenangkan. i guess so.

p/s: aku sedang belajar ini. ;) harap-harap dapat lecturer PSM yang menyenangkan.heeee~

0 feedback:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr