Sunday, March 7

KL flood mitigation-package B~ M&E PROJECT

Banjir Oh Banjir.. okeh, KL dah xpyh risau la coz JPS dah wat projek mitigation yang 500million (package B) nilainya semata-mata utk elak banjir...waah, besar nilai tu kan? tp tahukah anda kos kerugian sekali banjir di KL? 600million taw. So, pelaburan goverment untuk projek mitigation ni sangat-sangat lah berbaloi dan satu langkah bijak untuk jangka masa panjang. Menggunakan teknologi SCADA, air sungai dari Sg.Batu dan Sg.Gombak dilencongkan pada terusan buatan ini untuk mengurangkan water flow yang mengalir ke arah KL. Pertembungan antara Sg.Gombak dan Sg.Klang  berdekatan Masjid Jamek KL selalunya menjadi punca di mana banjir mulai naik. Oleh itu kedua-dua aliran sungai ini perlu di kawal bagi mengelakkan bajir. SMART tunnel ialah project flood mitigation package A yang berperanan untuk mengawal aliran Sg.Klang.

Hasil daripada rundingan sy dan En Annuar Mahmud selaku Senior Engineer PECD dan Chief Project Flood Mitigation, satu pertemuan di atur untuk group sy berdiskusi bersama beliau dan tiga lagi engineer yang lain. Pertemuan selama 8 jam itu memberi input yang sangat-sangat berguna buat kami dan memberi pengalaman yang sungguh men'teruja'kan. Rasa sangat bertuah dapat bersama orang-orang yang sangat professional dalam bidang kerja masing-masing.

huhuhhuhuhu penat la reka ayat skema..dah la tu... ni ha beberapa gambar yang sempat kami snap sepanjang site visit and kat ofis PECD. hhuhuhuhu 4 orang engineer yang berebut-rebut nak bagi input kat kami sampai kami rase tepu giler otak. tp seyes sgt best bile tgk flood gate diturunkan semata-mata utk kami. Utk pengetahuan, kos menurunkan gate sgt tinggi dan boleh effect aliran sungai satu KL. If anything happen they all boleh kene saman juta2 sbb permintaan kami tu. Tak cukup dgn tu, En Annuar siap blanje mkn lg. waahhh, manje sungguh kami. My friends plak sambil wat keje sebok usha engineer muda sorang ni. Bile die bagi explaination je sume mata bulat n fokus giler2...ceit. tp mmg hensem pon, umor br 26. yg penting dia SINGLE. last2 dapat gak email die n balik je terus dorang add FB engineer tuh.ha3.

p/s: kwn2 jgn risau okeh...sy setia ngan mulat sy wlupon gjol minta no tepon sy n dudok sg.buloh jugak...ekekekeke~

2 feedback:

zamspotte said...

bagus2.... teruskan usaha cemerlang untuk menyediakan kami dengan khidmat cemerlang

syira_tech said...

InsyaAllah...doakan selalu ye ;) thanks for following

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr