Tuesday, February 23

lalalalalala~suke-suki

lately banyak sangat benda yang happened without my expectation. My lovely car yang dah tua tu buat hal lagi and dah paw i RM490..ooh damn. In 3 month, i dah habes RM2470.00 untuk dia. Em, patutnya dah boleh buat bayar muka beli SWIFT idaman hati..hukhukhuk. Since i ada sang wira tu, duit ni rasa macam aer paip je. Tp tak ada kereta buruk tu, macam mana pulak nak pergi class kan...aishh ikut hati nak naik moto je. Tp awal-awal my mum dah warning tak boleh naik motor. Dia kata i bawa motor macam orang mula-mula belajar naik basikal. xstable langsung. yekee...Hm, Kan bagus kalau my mum mcm ayah, sentiasa angguk je. Percaya betul ayah pada anak dara dia sorang ni..huhu. Sungguh, i dah papa kedana. Horror betul bila tengok duit dalam bank..hukhuk.

semalam pulak, gaduh dengan itu haziq...i yang naik hantu dia boleh relaks aje buat lawak. Datang rumah i siap gelak-gelak macam tak ada apa-apa berlaku. I pulak bukak gate macam tak sabar-sabar nak suruh dia balik. kejam kan? tapi dia siap kata i makin berisi a.k.a gemuk bila marah. siot je.hish. Malam tu i call dia nak buat perhitungan terakhir la konon nya. wrong time pulak sebab dia tengah tengok bola and team dia kalah. sia-sia aje i kene tengking.  apa lagi, hujan ribut la i..mulut pula terlepas minta clash. konon-konon nak provokasi je tapi dah buat dia marah sangat-sangat sampai rela putus. tak lama tu dia hantar mecej sayu-sayu minta halal makan minum segala. wuwuwuuu, buat i menyesal minta putus. dengan tak malu i hantar mecej "nak tarik balik boleh?".. ekekeke dia reply "mesti la, sy akan usaha lebih baik untuk hubungan kita". hee~ mana la i sanggup nak tinggalkan insan yang tak pernah tinggalkan i and always be there whenever i need him. he's such a wonderful bf even kadang-kadang perangai dia sangat annoying and tak da perasaan.

Midsem break haritu my bffs and i gather at Ulu Yam. Sangat best. mereka geng Notty i masa zaman sekolah dulu. Mereka lah yang i sama-sama kantoi fly and as a result we all kene denda buat kolam ikan depan aspuri. dah la time tu tengah trial SPM. wakaka. patut la kan i punya result SPM hampeh je. notti sangat sampai last day SPM tu warden panggil suruh amin kan doa dia. yang tak tahan tu dia doa mcm ni 'ya Allah, Kau lembut kan lah hati anak-anak murid ku yang keras ni, matangkan lah mereka sebagai seorang wanita'..sumpah i sakit peot tahan gelak masa tu. tapi notti-notti kitorang, kitorang tak la sosial menggedik ngan lelaki. tak da pon we all ber'coupling' mcm ada sorang budak yang kantoi love bite kat leher tu. Kalau nak diikutkan, budak skema tu..tudung pon labuh aje. nak dibandingkan ngan kitorang memang macam langit dan bumi. Penah skali geng i kene denda pakai telekong seharian sebab tudung we all pendek. kene jalan itik pergi perhimpunan lagi la dah biasa, setiap pagi pon bangun lambat.huhuhu. tapi we all tak pon buli junior. setakat join g tengok junior kene tarik tu ada lah. tengok je, kitorang tak pon macam senior-senior lain siap hempok budak tu pakai bantal, kejut budak bgn tido pakai kaki...kalau tak join tengok sekali kang kata senior tak united pulak kan..hm, mcm2. tapi lumrah alam, selalu manusia ni jadi paranoid dan cuma menilai dari luaran. tak semestinya yang kita tengok tu seksi maka dia perempuan yang tak baik. satu kesalahan bukan bermaksud ia mewakili keseluruhan peribadi seseorang. Alhamdulillah kalau seorang wanita tu bjaya menutup aurat dan berjaya memiliki peribadi yang mulia. Orang mcm ni i sgt respect. Bukan nye kalau dia berjaya menutup aurat tp menjadikan ia sebagai landasan untuk dia mengutuk org lain. tak rasa ke dia sungguh paranoid begitu? we should be more positive toward others..i meant, kte patut sedar yang kte sendiri manusia yang banyak kelemahan. tegur-menegur tak salah, tp bukan mengutuk taw. such a very difference meaning okeh!

1 feedback:

nOra said...

alalala....gadoh mnje je ngan haziq tue..

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr