Wednesday, December 29

saya orang sensitif.

sensitif sampai dengar lagu jiwang pon boleh meleleh air mata...bongok an...an2? haish..sumpah ntah apa-apa!! (kata2 akal yang waras). Dah lama kot tak dengar lagu-lagu rock kapak dulu-dulu.. Tiba-tiba boleh TERlayan plak.

Sambil baring termenung atas katil, menghayati angin lembut yang mengusai rambut, tersentuh pula jiwa mendengar bait-bait lagu yang bermain di corong telinga. Setiap rangkap lirik umpama menceritakan kelukaan hati sendiri. uiks...terlukakah kau wahai hati?? haha.

Jom aku bagi kau layan pulak.. kot2 kau pon nak join aku leleh kat sini..heee~



Aku baru balik holiday kot..patut nya sangat happy...mengapa ya..

Wednesday, December 22

its been a year officially as soul-mate ++ (^_^)


happy belated anniversary buat kami ;) haha. lambat update..

seriously, i prepared so well to be on cruise 8, Danga Bay for dinner...hmmm but still, i was happy that day. he's such an amazing boyfriend who can comfort my feeling in all situation. what ever it is, i feel bless to be with him. And its necessary for me to be loyal, lovable, and reliable for him too.

God, please let me be with him forever to gone through all the path of our life..in both sadness and happiness, let us sharing them...ameen (^_^)

Thursday, November 25

yeah! Pemburu Tokek Berjaya~

Hohoi~

Baru td berangan dengan housemate2 sekalian utk jadi pemburu tokek!
(baru harini taw al-kisah si cicak tokek..sadis!). Seingat aku, selama 22 thun aku bernafas ni, byk kali gak aku nampak cicak tokek ni LIVE depan mata.
  1. Kat umah lama arwah nenek <-----since nenek passed away, rumah tu kosong n now tapak umah tu dah wakaf pada masjid.
  2. Kat sekolah rendah agama time aku darjah 4 kowt.
  3. Setiap kali aku mandi kat umah. ade sekor cicak ni, suke sgt tgk aku mandi.GATAI! (padahal mmg cicak tu lepak kat atas gril tingkap bilik mandi).
walau apepon, aku sure cicak yg aku nampak tempoh hari tu cicak tokek! yeaahhh~ i da buat research u know. Ape yg istimewa? hah, jwb ni..

BERAPA HARGA 300GRAM CICAK TOKEK??
.
-
-
-
-
--
-
pk2
-
-
-
--
-
-
-
-
cicak je kan..
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bape ek?
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
haha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hakikatnye
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RM1.5 JUTA!!!!!
!@@$#$#^#^^#!!
Okeh, now dah taw kan kenapa ia istimewa bg aku...hoho kaya ooOo kalau dapat. sekor pon jd lah ($_____$)!! huuuuuu~
nway, dr segi perubatan, ia dipercayai boleh menyembuhkan kanser dan AIDS. Now belom ada akta tentang pemburuan cicak tokek. kalau kau jumpe, masih boleh jual di'pasaran gelap'. sebb menda ni pemes dah kat oversea. haha.
p/s: bek kau cari cepat2 si tokek ni, next year aku dengar dah nk kuar akta haiwan terkawal utk tokek. erggg, dah kayo jgn le lupe eden.yaw~

Wednesday, November 24

I HATE U..SO MUCH

For all these things, i really hate u syg..

  • I hate you much it makes me sick; it even makes me rhyme.
  • I hate it, I hate the way you're always right.
  • I hate it when you lie.
  • I hate when you make me laugh, even worse when you make me cry.
  • I hate it that you're not around, and the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.

Sunday, November 21

buah hati yang childish~


lately sangat bahagia melayan budak berumur 22 tahun. ye BUDAK. suka buat muka menyakitkan hati, suka buat bunyi mengejek, berperangai annoying, dan sangat tak malu. walau ditempat awam yang crouded! haha.

Mungkin tension nak exam ataw dah tak mampu cover perangai sebenar. Itu yang mampu aku rumuskan. errgg.

Dia lah Mohamad Haziq bin Senin. Buah hati kesayangan. (walaupun berperangai pelik, tp dia tetap buah hati forever).Kagum jugak dia boleh tak pedulikan orang sekeliling yang pandang dia kepelikan. Apa aku cakap ada je perangai pelik yang dia buat. SENGAJA.

Gaya badan tak boleh bla. SPASTIK semacam. haha. Kadang-kadang aku buat tak tahu je. Biar dia dengan ke'SPASTIK'an dia. Lagi orang marah lagi dia buat. Memang tak makan saman budak ni.huhuhu.Tapi kalau kat shopping mall tu segan gak aku kalau dia asyik buat perangai, kene bagi cubitan maut sket. Kasi kebas badan gedik dia tu. muahaha~

Baru-baru ni, dia pegi main game tumbuk sampai tisu tangan koyak. hmmm, 'bertuah' betol.

gaya femes dia.


bahana bila terlepas kat taman


dah sakit baru muka baik sikit.

Monday, November 15

asam garam gula dan lada.

niat hati nak lurus berjalan. sebulat kata seiringan berpimpinan.. hakikat nya yang lurus perlukan bimbingan.. umpama membuat garisan tanpa lencongan.

serabot. itulah rumusan sekarang. haha!
aku mungkin bukan sempurna, tp aku cuba. cuba berkorban dalam setiap langkah, cuba mendekati hati dalam setiap nafas.

cuma kadang-kadang aku letih. aku letih mengharap satu pemahaman. aku letih menunggu saat cinta memahami tanpa aku bersuara. aku letih menjadi sesuatu yang kau sendiri tak pasti aku siapa. aku manusia biasa. aku merasa semua ini. untuk itu, maafkan aku.

Friday, September 17

nak jugak ade entry raye!!

ok! raya tahun ni agak sadis sbb:

1) ini tahun akhir dapat dwet raye. next year dah kerja, maka, sy bakal memberi duit raye.ouh!

2) dapat beraya 5 hari saja T_T... sekarang sedang berkurung dalam bilik sbb ada bengkak timbul bawah dagu.. my speacialist doc ckp, kelenjar air liur tersekat..agagagaga... Dia suroh sy makan asam banyak3..agak giler la doc ni...t kalau aku lembab menghafal cane lak??? adeyh~

opss...sbnrnya 2 sbb je raya jd sedikit hambar. hehehe ada byk sbb raya tahun ni sgt bermakna :
1) Chenta hati (mulat) datang beraya bersama 3 adek nye.. jia, jua, n amer ;) awesome. Ma sy suka mulat...sbb ma kate mulat sy nampak penyayang n protective! ofcoz laaaa, taste i kan...lalalala~ kalau dia tak penyayang, macam mana die nak tahan lyn anak ma yg gedix ni..hoho

2) Dapat jumpe sdara mara n kwn2 lama yg stahun skali je jumpe ;) mesti kau tgh kate 'ekeleh, aku pon jumpe gak!'. haha, ye ye aku taw. betol lah tu..tp perasaan tu ttp gembira kan?hmm

3) Anak buah yg bertambah dgn obvious nye! waaaaaa bgus betol. 3 hari raya pon dpt anak buah baru.. 5 hari raya juga...bile kumpul ramai2, mcm nursery jage baby plak.hoho. sgt suka baby.


"syg, bila kite nak ada baby neyh....?"


(bertanya dgn nada gedix dan tak malu. bajet2 mesti mulat gelak dan mengutuk soalan tu..)


tp


(dgn tenangnye dia jwb)


"sy pon nak ada baby ngn syg..tp macam mana...kita tak boleh lagi..syg sabar ok..."
(sgt blushing dgn jwpn tuh.hu3 sy taw dia serius dgn hbgn kami)
selamat hari raya aidilfitri ;)

Friday, August 27

kerana kita manusia tanpa ESP

kalau kau jenis layan cerita tv3 petang-petang, tentu kau tahu apa kejadah nye ESP tu. Sedikit info dari pakcik goOgle :

Extrasensory perception (ESP)= involves reception of information not gained through the recognized physical senses but sensed with the mind.

Diringkaskan cerita, ESP ni boleh dikatakan sixth sence yang bisa buat kau tahu apa yang akan berlaku mahupun yang telah berlaku diluar pengetahuan kau. Bagus kan kalau kita ada ESP ni. Tak ada la aku duduk termenung jam 2.30 pagi ni untuk fikir sesuatu yang tak mungkin aku temui jawapannya sekarang.. hmmm...

Bila duduk sorang-sorang dalam sunyi dan sepi, maka ter muhasabah lah diri sedikit sebanyak. Mungkin sebab ini Allah menyuruh umat manusia beribadah sepertiga malam. Sungguh, bukan senang untuk aku berjaga malam. Mungkin sebab otak rancak berfikir tentang apa yang aku bincangkan dengan mulat tadi. Tentang masa depan. Tentang sesuatu yang kami impikan tapi belum tentu itu takdir dari-NYA. Ia mula buat aku takut. Sungguh. Dan aku pasti korang yang ber'couple' pon akan fikir benda yang sama.

Sebenarnya, kalau kita sedar, kasih sayang tu sendiri adalah anugerah dari Allah. Bukan semua orang dapat rasa apa yang kita rasa, dan perasaan setiap orang itu berbeza-beza. Tak kiralah apa yang bakal berlaku akan datang, selagi anugerah tu masih untuk kita, kita patut hargainya kan?

Teringat masa aku putus cinta dulu-dulu, ayah cakap : "kat dunia ni semua pinjaman. ayah pinjaman, mak pinjaman, even nyawa kita pon pinjaman. Takkan ada yang kekal milik kita. kalau bukan hari ni ia pergi, suatu hari ia akan pergi juga. cepat atau lambat sama je sebenarnya. jangan sedih lah" -menitis juga airmata yang ditahan-tahan. Ayah memang memahami aku walau tanpa aku bersuara sikit pon. Ayah, kamoo memang sangat hebat memujuk hati ini =)

p/s: mulat, saya akan selalu setia menemani kamoo selagi kamoo masih dipinjamkan utk saya. ITU SAYA JANJI.

Wednesday, August 25

Handphone dulu kala VS kini.

Bila umur dah kira 'up' , maka handphone juga kena lah 'up'. ahh,,,ini cuma teory aku saja. sedangkan ayah masih pakai handphone sama sejak 5 tahun lalu. Tak up2 pon dan tak penah dia kesah. Tak serabut katanya, function senang, button pon besar-besar. Sesuai untuk ayah yang bermata empat sekarang. hmmm itu lah alasan dia setiap kali aku ajuk handphone 'mahal' dia. huhuhu~. Kalau nak kira kemampuan, 10x ganda canggih daripada handphone aku dia mampu beli.



Mengimbau zaman mula-mula kenal Handphone, kenal SMS, aku tak ada handphone lagi masa tu. Maklumlah baru darjah 6. Zaman tu aku masih main digimon, cyberpet, dan paling 'up' pon komputer yang desktop nye sebesar pemeluk. Game je la yang aku reti. Naik form1, aku mula belajar nak pakai SMS. Tu pon curi-curi pakai handphone mak. Perasaan first time hantar dan terima SMS = AWESOME!. hahaha aku rasa semua orang pon mula-mula macam tu. Curi-curi pakai Hp mak bapak kan?.



Kemudian aku decide untuk beli sim card sendiri. ahaaa..ada motif. Yela, dah start nak mesej kawan berlainan jantina kan. Remaja kan, gatal curious nak berkawan dengan jantina berbeza. Handphone masih aku guna handphone mak. Tukar-tukar sim. Satu hari, sim card mak hilang. Apalagi, mengamuk la dia dan merajuklah aku seminggu. Sensitip tahap gaban. Kebetulan ia seminggu sebelum hari lahirku.



Setelah seminggu muncung sedepa, ayah hadiahi aku HP sempena hari lahir. Guess what??? Nokia 3310!! ouh, itu kira handphone paling up zaman tu untuk remaja mcm aku. Gembira tak terkata. Handphone pertama dalam hidup la katakan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------



10 tahun berlalu,

ada la kira-kira 9 buah handphone telah aku pakai. Macam-macam brand ; nokia, sony erricson, motorola dan samsung. Hmm, lately ni baru aku kerap tukar handphone. Masa zaman nokia 3310 aku, 3 tahun aku pakai ia. Tahan giler. Durability dia memang tak boleh dipertikaikan. Jatuh dari tingkat 2 kat sekolah, rileks je. Cikgu displin aku baling bawah sebab dah bagi amaran 3 kali, tapi aku bawak lagi. Bajet handphone aku berkecai la dia baling tuh. dia tak tau lepas tu aku kutip balik, pasang, handphone aku tu sehat walafiat je. kihkihkih. Buang tenaga je =p



Tapi, tuhan tu bayar cash kat aku sebab gelak kan cikgu displin aku tu, seminggu lepas tu 3310 tersayang hilang sebab ada orang curi dari dalam beg. T_T



Kalau korang perasan, Handphone sekarang sangat sangat sangat lembik. Tak kira brand, memang sume lembik walaupun Blackberry sekalipon. (mulat, hp kamoo pon sy kira lembik jugak. jgn marah okes ;) ) Tak payah cakap handphone korang, aku punya handphone sekarang, baru jatuh dari katil pagi tadi skrin dah blur-blur. cess, tersinggung je kot. Belom lagi aku baling masa Alarm macam ex 3310 aku tuh. Sekarang aku pakai Nokia 5530 touch skrin, tapi tak se AWESOME nokia 3310 aku dulu.





p/s: nokia 3310 dah tak ada kat pasaran mungkin sebab dia terlalu AWESOME dengan orang-orang ganas mcm eden. maka, ia akan merugikan NOKIA. Conclusion: orang-orang mcm eden jugalah yang sedang meng'kaya'kan syarikat handphone sedunia! muhahaha..

Wednesday, August 18

Kita Kawan Sampai Mati


main story for this entry is actually about GENG, HOUSEMATE, SAING, SET2, KLIK, CYG2, n ntah ape2 ntah lg panggilan yang sewaktu dengan nye.

kdg2 first impression kte kat seseorang tu tak leh pakai wlu 1% pon untuk menilai dia bleh jadi teman yang baik atau tak.. tapi aku bersyukur, menemui teman seperjuangan yang sgt AWESOME! (ergg secret2 ckp kat blog sebab mereka sgt poyo kalau taw mereka awesome pd sy) hoh0.


"SAIA SAYANG HOUSEMATES SAIA"

sejak sem 1 berkenalan di hostel UTHM, kami kekal jd kwn..dan seterusnya housemates menyewa rumah sama-sama. Punyala ta mao pisah, 8 org sumbat satu umah pon redha. ;) masing2 punya perangai yang pelik-pelik belaka.


---------------------------------------------------------------------------------------------

kalau bab tido serahkan pada yang pakar NORA..ahaks, sambil tggu org jemput die kat umah pon die boleh tido dengan pakai tudung.huhu tido maccam orang kaya2 plak tu..kaki naik atas!! sayang dia sebab dia selalu redha menemani aku kemana saja..wlupon tak boleh tdo ;)

kalau makan and shoping, sape lagi kalau bukan PIPAH. bulat mata tgk dia shoping. amek je trus byr..hu3. suka curious dlm segala hal wlupon remeh. jgn la sebot name die kalau tgh ckp ngan org len. jap g die datang ty 'kenapa sebut nama pipah???' selagi tak jwb, siap la die ikot je... Tp die comel, n ceria kan keadaan ;)


SHAKIRA pula memg suka bagi soalan membunuh. Perli dia tahap gaban. Rasa nak bagi backhand pon ade kalau dia bergurau lawak giler tapi muka dia serius. kami yang gelak pecah perot. Kalau tibe2 ada bau kentot, tak pyh ty2 sapa kentot, nnt dia mengaku dgn sendirinya..muka tak bersalah.haha. Tapi dia bab tolong org, memang no1. low profile juga..
Orang yang boleh aku kata kan perempuan melayu terakhir, ZYRA. kalau die gayut, sumpah mcm dalam selimut wlupon cuma dudok sebelah ko. tu bkn gayut ngn bf tu. kalau ngn bf, die ckp sumpah mcm semut ckp. tak taw la bf die tu tinge ape kan...hebat boleh denga. teringat cerita REPOMAN yang boleh tuka jenis telinga kat black market. siap ada volume control kat belakang tellinga. style lah. hoh0. Lembut dlm setiap perlakuan, tapi agak tegas dgn kehendak dia..ko ckp ape pon, kalau dia nk dia nk. nway die nice gurl ;)


RUMET=AIN. Hantu korea. Bf dia ialah lappy dia. kalau lappy dia rosak, dia punya frust mcm org mati laki. trus balik umah kg cari ketenangan. siot je kan..huhu, tapi pendengar yang baik. wlupon dengar mimpi2 mengarut aku setiap kali bangun tdo. Dia sangat suka buli aku, tapi sangat suka juga layan perangai aku. penah gadoh ngn dia sampai aku nangis dalam toilet berjam2 tak kuar.haha. kes paling aku pecah perot gelakkan dia bila dia nangis teresak-esak sebab aku bg dia tengok video hantu. sumpah dia dendam giler dgn aku.ngeeee~

ZA plak...someone yang tegas. sound direct punye. hu3. Dia pernah hilang moto dkat rumah sewa kami.. peneman aku ponteng kuliah, g makan...hahaha. cantik orang nye. dia juga la geng aku layan pompuan2 cantek kat tenet.. ergg tgk video2 dance pompuan cantek je, bkn ape pon.

secomel rabbit, itulah LIN. Paling pandai antara kami. low profile juga.. Dlu mula2 kenal agak gerun ngn die sbb dia mcm garang tp lama2 ok je. Sgt ok. Pelik nya dia sebab sgt suka simpan makanan dalam peti sejuk n akan mkn mknn tu selagi dia rasa elok. Penjimat yang berjaya. seyes.

Monday, July 26

Tak mampu berkata-kata dengan mulut.

Al-fatihah buat seseorang yang pernah ku anggap seperti nenek ku sendiri yg telah kembali ke rahmatullah sabtu lalu..

khabarnya kerana sakit paru-paru berair yang menyerang tiba-tiba.. Mesra dgn panggilan atok, aku teringat saat pertama aku bertemu dia...kira2 3 thn yang lalu pada hari terakhir aku di Matrikulasi Negeri Sembilan. Oh ye, sebenarnya atok ialah org yang membesarkan ExBF ku sewaktu kecil. Pada hari tu, dia datang bersama keluarga exbf ku utk mengambil kami pulang kemudian melawat saudara mereka di seremban. Ayah dan ibu ku tak dapat datang atas kekangan yang tak dapat di elakkan. Atok seorang yang pendiam dan lebih suka memerhati. Dalam kereta aku lebih byk berbual dgn ahli keluarga yg lain. Tiba-tiba atok menghulurkan makanan pada aku.. aku yang konon2 pemalu ni cuma menggelengkan kepala.. seseorang menarikku dan berbisik "atok suka maksudnya bila dia bg makanan..amek, jgn tolak..nanti dia kecik hati"... Tergesa-gesa aku ambil semula makanan itu..huhu~ segaris senyuman terukir dibibir atok.. senyuman pertama buat ku yg tak mungkin aku lupakan. Aku berdoa supaya roh nya dicucuri rahmat..ameen.

kenangan bersama keluarga itu buat aku tersenyum... layanan mereka pada aku sbnrnya sgt baik.. kadang2 rindu juga nak bertanya khabar...rindu nk mecej2 n kol2..lagi2 dgn untie nafisa.. dulu kami selalu contact senyap2 tanpa pengetahuan exbf ku...rase comel pulak bila kami same2 meluahkn perasaan ttg perangai exbf ku yg menyakit kn ht tu..hu3. rindu sphagetti untie nafisa juge ;)hmm wlupon dulu pernah juga ade perselisihan faham antara kami, tp tu semua sbb EXBF aku punye pasal. Aku masih rasa syg pada mereka. exbf tak termasuk!

buat exbf yg mungkin akn bce ini : semua cerita diatas cuma luahan je...tiada niat lain.. n thx sbb bgtaw pasal atok. semoga berbahagia dgn Kira... take a gud care of her...dont ever let her go ;)

Monday, July 12

Pembacaan berulang-ulang ;))

kene selalu ulang sebab kita selalu lupa. jadi bila kita agak-agak dah 'ilang ingatan' maka ulanglah semula..baca ;)) haha ayat kalah kaf lam ya nga~
bila ada prob n aku jd blog walking, pasti ada sesuatu yang positive aku dpt.. jumpa ini~


Di saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


p/s: know wat, perkara paling aku rindukan tentang cuti sem lepas is havin my mulat 24 7 without compromising others.

Saturday, June 26

Somewhere i called HOME.


With no way to get home
And I dont wanna go, go
I dont wanna go, go
I dont wanna no, no
I dont wanna it, down low

.:I dont want to walk this earth if I gotta do it solo:.
Pertama sekali yang terbayang dalam minda bila kita sebut rumah, mesti keluarga kan? Ada kasih sayang dalam rumah. Tapi macam mana kalau kita sebenarnya homeless walaupun ada rumah? (eh, bukan 'kita' la, 'aku') ;p
Kalau nak riak lagi takbur, aku boleh je cakap rumah aku bukan setinggan, bukan rumah yang bila hujan je ada bocor di sana sini, dan bukan juga rumah yang kau nak jalan pon berselisih bahu dengan orang lain. waah, bunyi macam besar n bagus sangat je rumah aku..hebat sgt ke?
jawapan dari mulut: ergg rumah aku selesa aje, ada 4 bilik, 2 bilik air, 2 ruang tamu dan 1 dapur. owh, ade juga porch kereta dan halaman yang boleh buat padang bola.
jawapan dari hati: sebenarnya aku dah homeless..aku lagi teruk dari orang yang dudok setinggan ataw rumah kotak. hahaha rumah aku tibe2 jadi lutsinar kot. ;p
p/s: now tengah kumpol wet bli hp baru sbb hp dua2 da mengong. tak mao paw mak lg. nak paw ayah, tp my little brother nak daftar IPTA..byk nak pkai dwet kowt. hmm aku anak tunggal tapi aku ada 7 adik beradek. should be more tollerate to them.

Monday, June 21

puas sayang? ;)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s: aku ty mulat soalan yang sama..mulat jwb "sy ambil la bunga tu naek helikopter utk syg"..ergghh adeyh~ jwpn tak romantik betol. speechless aku dibuat nye.hoho

Wednesday, June 16

Selangor Dah Makin Crouded.

Ouh. Jangan cari pasal dengan saya kalau baru lepas tempuh jem. Bak kata ayah, muncung siap boleh ikat reben. Haha, saja lagi panjang kan muncung sebab nak ayah taw "Kereta manual dah tak sesuai utk anak dia yang aktif berjalan" . Bajet macam boleh dapat kereta baru aje. Sedangkan saya tahu kalau saya minta sambel menangis guling-guling pon ayah buat tak faham aje.

hoho

Sg Buloh kalau tak jem tak sah. Lagi-lagi peak hours time balik kerja. Tak ada jalan tak jem. Short curt yang lorong-lorong kecik pon peoples dah tahu. Wah, macam mana nanti bila saya dah kerja? (dalam otak sebok fikir nanti nak dudok cerok kg bila dah ada family sendiri). Mulat mao kah? hehe..

Kan bagus kalau tiub manusia futurama itu wujud.hehe. Boleh sedut saya ke mana-mana tanpa jem ataw pandu 30km/hr belakang lori.

hmm, 10 tahun akan datang apakah kereta sudah tak releven penggunaannya? Atau motosikal kembali jadi pengangkutan utama? hah.

Jangan beranak ramai-ramai. bumi sesak. ;))

Monday, June 14

(T_T) feeling. touching. cRying. dying.

bila setiap perbincangan menjadi perbalahan, di manakah cinta kasih...?

Saturday, June 12

musuh itu kawan.

nope, i'm not saying i'm ur enemy dear friends...
kadang-kadang kau tak sedar iri hati itu ada pada sesiapa sahaja..
Iri hati pada kecantikan, kekayaan, kedudukan, kebahagiaan atau apa saja..
Persoalannya, kalau kau tahu dia musuh, itu tak apa. Kau boleh elak dari dia. Boleh buat U-turn atau pura-pura tak nampak dia kalau terserempak...TAPI...
Macam mana kalau dia musuh yang kau tak nampak? Yang kau tak tahu pun dia sedang memusuhi kau? Hmm..pernah dengar tak orang cakap musuh terhebat ialah seorang kawan? Lately aku terfikir itu..paranoid sangat kah aku?
Teringat aku pernah menyimpan rahsia seorang teman. Teman yang sanggup bermesej lucah dengan BF kawan baiknya sendiri. Hampir gugur jantung bila terbaca mecej lucah mereka. Sungguh aku tak faham di mana nilai persahabatan tika itu.. Apa erti kepercayaan dan nilai kasih sayang.
Aku sedar aku bukan teman yang selalunya ada buat teman-teman ku. Aku tak text kau selalu, tak call kau, n kadang-kadang tak jumpa kau pun. Lagi-lagi no hp tukar macam tukar berus gg je. Tapi once kau dah kawan dengan aku, aku tak kn tinggalkan kau bila kau susah. Sebab bagi aku, bila kau susah je aku dapat buktikan yang aku betul-betul sayang kau dan kau akan fhm nilai persahabatan buat kita. Just tell me and i'll be there for u. FB ade kan, rodger je anytime... ;p
Tapi, aku harap, jangan lah kau menyimpan sekelumit pon dendam pada aku. Sebab aku tak ingin sikit pon melukai persahabatan kita. Kalau ada yang kau tak suka, kata kan.. Aku tahu dan kau juga tahu..Manusia itu tak sempurna..
Tak perlu ada iri hati, sebab apa yang aku ada tak semestinya kekal milik aku. Dan mungkin aku sendiri tak pernah ada apa yang kau miliki. Life always fair, but peoples always miss to see them all.

Wednesday, May 26

bila konfius

semua rasa tak selesa. tak kene dan sangat mengecewakan.
feeling lost of something.
dan saya sangat keliru.
killing me inside.

Saturday, May 15

I NAEK ROLLER COASTER LAH!! h0hohoh0 *nak bgtaw satu dunia*

gogog0 GENTING!..

mengharapkan aku pergi berbayar tempat2 scary camni memang mustahil lah..huhuhu~ dek kerana BF TERCAYANG sponsor tiket, maka dengan agak rela hati aku pon pergi saja.

1ST TIME NAIK ROLLER COASTER---->> PADA UMUR 22THN (agak kesian la kan)

KOMEN AKU TENTANG GENTING :

  1. Cable car memang panjang dan terbaik. Tak menakutkan sangat macam kat Gunung Mat Cincang Langkawi.
  2. Bila hujan, semua permainan tak boleh main. Hmm rugi taw visitor.
  3. Besar. Sampai sesat kat dalam tu. Kene letak banyak sign board or bagi map kat visitor.
  4. KFC mahal. Up Rm5 untuk Snack Plate..
  5. Permainan yang mencabar banyak sangat. Huhuhu

dah la tu...komen banyak-banyak bajet je..hohohohho. anyway, memang sangat-sangat best sbnrnya. Lagi-lagi di sisi orang tersayang ;)

nampak sgt aku ske wat peace! hoho




p/s: thanks SYG!

Friday, May 14

Fakta Sengal Tentang Perempuan

  1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
  2. Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
  3. Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
  4. Perempuan suka bercakap. Walaupun mereka tak ada apa-apa perkara untuk dikatakan, mereka tetap akan bercakap walaupun hanya untuk membicarakan tentang perkara yang sama berulangkali. Kadang-kadang orang yang mendengar pun dah boleh hafal jalan ceritanya
  5. Perempuan tak ada apa-apa untuk dipakai bila diajak untuk keluar.Janganlah tanya tentang baju yang bertimbun dalam cupboard 5 pintu dia tu. Mesti dia akan cakap, ‘Tak ada bajulah nak pakai’. Oh shut up. You just don’t understand.
  6. Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
  7. Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.
  8. Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Brad Pitt.
  9. Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut.
  10. Perempuan suka bertanya tentang perkara yang tidak mempunyai jawapan yang tepat. Itu salah satu usaha untuk membuatkan anda rasa serba salah walaupun anda tak bersalah. Terutamanya jika anda lelaki.
  11. Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.
  12. Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
  13. Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
    tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda..

p/s: aku rase SENGAL tahap cipan fakta-fakta nih.. tapi...hati kecil berkata "a'ah laaa, aku cmtu!!"

Sunday, May 2

annyio~

THE MORE YOU LOVE SOMEONE, THE MORE CHANCES HE GETS TO HURT YOU..

taw tak TAK PAHAM tu ape???

tlg la paham.

hmm. baru terbaca satu belog best yang baru. *ouh, bukan baru, tapi aku yang baru jumpa*. Main point entry tu 'kita kene jadi realistic dalam bercinta'.

Sedangkan pantai bisa berubah inikan pula hati manusia.. Jadi realistic, yang kau manusia biasa. Tak ada logik nya istilah sehidup semati, U jump i jump. Persoalan: semudah itukah utk berubah? Bagi aku susah sangat. 1000 alasan pun belom cukup utk tggalkan orang yang kau betol2 cinta.

Orang kata, Mengucapkan cinta memang senang. mengucapkan janji juga senang. tapi sejauh mana kau mampu mempertahankan nya, itu lah yang menjadi ukuran. Kadang-kadang aku tak faham, aku harap kau fahamkan. Tapi bila mana kau juga tak faham, macam mana ye?...


p/s: Rasa macam dah WAJIB tidur sekarang. Tp batuk buat dada sakit sangat.. hati juga tengah sakit.ngeh~

Kenapa gurls tak suka bola

VERY FUNNY!



Time aku post menda ni, mulat kompem tgah terpacak dpn tv tengok bola. Chealsea vs Liverpool.
huhuhuhu~ tak berani kacau sebab dulu dia pernah tertinggi suara kat aku time die tgk bola..tp sbb mse tu aku kol die byk2 kali la. annoying mungkin. hahaha~

Sebenarnya aku tak la tak suka bola. kalau ada depan mata aku tengok je. Khusyuk jugak. Ingat lagi dulu ponteng sekolah g lepak ngan kawan tengok FIFA 2004. Brazil vs England. Lepak mapley beb. Time tu aku gila Owen. Balack. Klose. Faktor utama aku layan bola time tu, ialah sebab BESTFRIEND aku ;)

p/s: Saya layan bola sebab kamoo, saya tak layan bola lg pon sbb kamoo - F.N.M.A (T_T)

Saturday, May 1

Cat gives a cardiac massage to his injured girlfriend

INFO: This stray cat was filmed in Turkey( Kızılsaray district of Antalya ) trying to reanimate his female friend who got hit by a car. Even though some people tried to help him, the white cat wouldn't let them come near for two straight hours. Finally a vet arrived and took the injured cat. Sadly, it was too late and he couldnt resuscitate the feline.





p/s: Sad story behind this footage. The cat failed to resuscitate his mate, but the efforts he made to revive her was very noble and notable. It's just sad that even some human can't do this onto fellow human.

Tuesday, April 27

DIA jua tempat ku mengadu dan mengharap kekuatan.

Tiada apa yang lebih indah di sepertiga malam melainkan mengadu di sisi Engkau yang maha mendengar setiap keluhan di hati ini.

Tiada ketenangan yang melebihi dari ketenangan saat aku menyerahkan segala harapanku pada takdirMu ya Allah..


p/s: tadi sangat tension study structural design. Tp sangat tenang sekarang. sangat3.. =)
esok cuba study lagi. yea! hu3.

DAH BESAR LAH. matured ok.

wuwuwuwwuuuuu~ messy nye rase. ish...all i ever wanted now is falling in someone's arms and lean for crying. unforetunately there's no one. haha.. sadis.

Sometimes I wish I could go back to the days when I was six and my biggest problem was what kind of dress to put on my Barbie's doll or whether or not I had enough Lego's to build a house.

I’m not a little girl anymore..I’ve learned who to trust & who to ignore..I dont forgive people because I'm weak, I forgive them because I'm strong enough to know that people make mistakes.

p/s: ini semua salah RC! apesal ko susah sangat. haish. bijak nye nenek moyang dolu-dolu cipta sume formula ni. adeyh~

Monday, April 26

Dia dan Aku *kenapa bukan Aku Dan Dia??* heee


ENTRY SEPANTAS KILAT.

hari lahir mulat sayang>>

SANGAT2 BETOL ;)


hari lahir aku>>



p/s: jwpn kepada title akan diberikan kepada mulat sahaja. takot kau muntah kegelian pulak. huhuhu =p

Sunday, April 25

The heart was made to be broken

Why is the heart the most important organ if it breaks so easily? Actualy, saya juga pernah lalui satu hidup yang saya sendiri tak sangka saya dah lalui. Hidup yang kehilangan identiti sendiri dan sangat desprate. wakaka~ kalau sekarang ingat balik memang rasa "bodohnya aku ni".

OK, itu bukan point nya. Harini saya sangat marah dengan seorang lelaki yang sangat tak ada hati perut buat DEAR sy sedih. My dear is a very innocent girl. She not deserved to be hurted by u CRUEL FOLKS GUY! DEAR saya sangat baik dengan kamoo. Give u her world, made u as the one she supposed to obey with. Always be there when u needed. How could u dumbed her by loving other girl and ask her to begging that girl for u? Bagi saya kamoo sangat3 kejam. Tahu tak dah cukup sakit kalau org yang kita cinta curang?? Ni lagi kau nak suruh dear aku rayukan girl tu jadi milik kau. gila kan. *ouhh, mode marah kene pakai 'kau aku'* heh.

SUNGGUH, AKU FAHAM SAKIT NYA BAGAIMANA T_T (i had this kind of relationship for 3 years).The worst way to love someone is to sit next to them, knowing they don’t love you back.

You may think he was the best thing that ever happened to you, but if he isn’t treating you right what is the point. Sometimes you think that he is the only one.
I know I have been through it, but when you find the right guy you will know it ;)

If he loves you he’ll show it, if he truly loves you, you’ll know it, and if it will last forever you will never doubt it. Saya rasa sekarang..BAHAGIA.

It’s not easy to forget someone- you may never forget him… But, you can learn from it. Everything in life is a lesson- what you take from what you learned is what is important. If something did or didn’t happen, it did or didn’t for a reason. Sometimes it takes a heart break to learn what we really need and want in life. You may no longer have that person, but you have the lesson, the will power, the knowledge, and the reason to find someone THAT MUCH BETTER!


DEAR, lets not be sad about what happened, who we lost, or how things ended. Things happen for a reason, and at times we don’t know what the reason may be. But i promise you, “There is something always around the corner”. You'll be like me cayang ;)

LELAKI YANG TAK BERSYUKUR: Have a little bit of respect for these girls who would be willing to give you the world.

Saturday, April 24

fynn jamal - 150 juta

p/s: Saya kenal sayang saya ;) baju ronyok tak apa, asal pakai selesa.. berkilau tak bermakna kalau hati tak ada.... *lesson of love*

Friday, April 23

sakit perot VS exam

Masa itu emas! ye mungkin itu yang terpahat dalam otak orang-orang keliling aku time exam td. Memang kalau nk diikutkan tak cukup 2 1/2 jam untuk jawab 5 soalan essei. Nak goreng-goreng lagi kan..reka cerita tak payah cakap lah, kepakaran meng'auta' shining2 ooo atas kepala masing-masing..

Tapi...sungguh rasa teraniaya bila ada orang kentut berkali-kali sepanjang jawab exam..arrggg time idea melimpah-limpah tu la terbau sesuatu yang bukan setakat menusuk lubang hidong, merenjatkan pemikiran otak lagi tu. Kalau sekali boleh tahan kot..ni berkali-kali. Tak kesian kat orang sekeliling langsong. Pegi je la toilet tu kejap...Adeyh~

p/s: i sleep with my book coz i belive in osmosis.. gagaga~ group FB skang ntah ape2 ntah. Yang penting final ni, FACE the BOOK. not FACEBOOK~

Wednesday, April 21

mke mcm mintak sepak!

arrrggg..kesian kau blog. bile gumbira kau slalu aku lupakan. bila cedeh je aku terhegeh2 update ko. huhuhuhu~ maaf lah. mmg ini pon tujuan kau wujud.ngeeh.

Bgn pagi hari ni. perhh kire pagi la ni. 2 sbb, satu sebab lapa. satu lg sbb konon2 nk wish or bg semangat or something kt mulat. tp...errggg sudah salah. Dia cuma perlukan masa. em, nevermind, tomorrow n tomorrow no more me. owh, sy xsedih. sy gembira je. buktinya, ini gambar mengada bangun-bangun dr tidur td..piizzzz ;)

p/s: YE, aku sedar gedix tak hingat. bajet comel. mcm nak kene baling dgn batu amek gambar perasan mcm ni. haha. perempuan2 kat luar sane "saya faham perasaan anda"..gagagaga silakan memaki hamun kalau nak. tp, mcm kau tak pernah amek gambar mcm ni..ngeh.

mcm mane ni~ mood: sendiri pon tak fhm.

ayah......
bagusnya kalau ayah dapat bacakan nota subjek JM sekarang ni mcm ayah bacakan buku sejarah Ya sambil Ya tengok TV masa zaman sekolah dulu.. Seronok, rase happening aje belajar. Sbb tu tak heran sejarah Ya dpt A dr PMR sampailah ke SPM. Ayah je faham betapa anak ayah ni perlukan ayah utk subjek membaca. Masa nk SPM, bila hujung minggu ayah lawat kat asrama pon Ya minta ayah bacakan buku sambil Ya makan. Best nyee....

Tapi sekarang umur Ya dah 22thn. Bkn 12thn lagi.. Ayah pon dah kurang nampak. Lagipun sekarang dah jauh. Takkan Ya nak minta ayah datang setiap minggu dua kali macam kat asrama dulu. Takkan pula Ya sanggup nak susahkan ayah pakai spek mata yang ayah tak suka pakai tu utk baca nota belajar Ya pulakkan.. Tadi masa Ya tepon ayah mengadu macam-macam pun ayah dah kata Ya kene kuat sendiri sebab Ya dah 22thn. Hmm....Btol lah tu, sbb Ya pula kene jaga mak dengan ayah lepas ni. Jadi dah kene berusaha bina masa depan dengan baik supaya Ya mampu jaga mak dengan ayah mcm mak dengan ayah jaga Ya.


Malam ni...
Nak makan roti canai td pon tiba2 dah takda kuah. Tinggal separuh pula. Cm sedih je. LAPAR. Dengar pula kwn gadoh ngn bf cedih2. Dah aku plak turut sedih. Perasaan ni pon satu, asal la ko sensitif sgt perasaan oi... taw la piyed. Hm..Mulat pula bz study rasanya harini, kesian juga kalau nk kacau dia. Kesimpulannya, tidur lah kot. Study lagi pagi2 esok..

NITE

ABANG vs AYANG..(agak2 sape salah?..heheh)

Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang
ni abang lak bagi....


Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha
Love,
Abang


p/s: credit to KISAH RUMAHTANGGA ;)

Sunday, April 18

Peringatan utk diri ku jua ^^



ps: I DONT KNOW WHETHER THE VIDEO IS WORKING OR NOT WITH UR BROWSER. THIS IS THE LINK
aku tak sebaik mana, pakaian ku jua tak sesopan mana. Apetah lagi bila melihat pergaulan ku yang tak membataskan aku berkawan dengan sesiapa saja. Dari sealim-alim manusia yang berpurdah hingga lah mereka yang kaki clubbing dan juga manusia yang sanggup gugurkan kandungan. Semua ada dalam senarai teman ku. tapi aku sangat berpegang pada satu perkara dalam persahabatan. Terima aku seperti diri aku dan menghormati pegangan aku. Dan aku sangat3 berharap aku bukan di kalangan yang begitu. biarlah cerita mereka menjadi iktibar buat aku.

Td...tgk u-tube lagu ni..sayu sangat rasa..lalu aku mecej mulat.

aku ===>> nape syg nk kapel ngn sy?

mulat ===>> sy tak nak kapel ngan syg, sy nak habiskan sepanjang hayat sy bersama syg sebab syg wanita yang sy cintai sepenuh hati.

Sgt membahagiakan jwpn itu. Kerana, aku jua menyimpan hasrat yang sama.
Sesungguhnya, ht ini sgt takut dengan peredaran masa. Hanya pada-Nya aku memohon, semoga terpelihara kesucian cinta kami. Kadang-kadang aku leka dan sering tak ambil kesah benda-benda kecil, mujur lah mulat jenis yang pandai menjaga batas-batas antara kami. Kalau ada yang yang terlebih, dia la yang bertindak mengawal keadaan. Aku bersyukur dikurniakan insan seperti dia menjadi teman hidup ku. Aku tak ingin kehilangan dia ;)

hari melahap sedunia ^^

now pinggang bukan lg 23inch TP 25inch. ahaha damn. Seharian bersantai-santai di kampung teman sebilik ku buat aku rasa macam ada di rumah sendiri. Suasana rumah benar-benar menghilangkan sedikit kegundahan dan keresahan di hati kecil ini. Bunyi air jerangan, bau masakan seorang ibu, dan bunyi bebelan seorang ayah sangat-sangat mendamaikan. Tak sabar rasa hati untuk pulang ke Sungai Buloh lagi 3 minggu.hu3.

Dapat makan pucuk ubi. asam pedas. paru belada. air asam. tempe goreng. sungguh, itu fav food orang kampung mcm aku. Time-time gini, letak MCD ke PIZZA HUT ke, tak layan laa... Tekak sy tekak kampung. hehehe. Even kdg2 aku suka lifestyle org bandar, tp hakikat kampung itu memang tempat aku. Bezanya cuma aku tak reti pakai kain batik aje ;).

Percaya atau tak aku tambah 3 kali nasi. Aku la orang last skali habis makan. perhh sungguh tak malu depan family besar ain. Tok wan, pak cik makcik sume tengok aku dok membalun lauk. TERCENGANG. Nasib bek abang ain yang hensem tu tak da. memang seronok aku mkn.haha. Badan ku kecik tapi selera ku besar.ngeh.

Sebelom balik kitorang mentong ubi rebus ceecah sambal tumis. perrhh..rasanya kalau aku duduk situ seminggu pon dah cukup montel dah kot. Balik tu singgah Ayer Hitam. Singgah pasar makanan terbesar kat sini jap. Seronok. Makan lagi. Gula-gula kapas^^ weee itulah mknn yang buat aku rongak mase kecik2.

SANGAT GUMBIRA!!!

Saturday, April 17

bintang tak ada sebab hujan kot. *yeke*

so far, things not better enough lately..tp patut bersyukur juga. masih ada orang yang sayang, masih boleh makan dan masih boleh berfikir dengan otak kurniaan tuhan. Owh, dah tak boleh komplen makan sosej+telor hari-hari sepanjang study week *sigh*

Last night, keluar dengan mulat. Makan KFC. Tengok Date Night.. Date night, nice story even lawak sengal. Things i got from the story : perhubungan akan ada satu tahap malar, which is kita akan bosan dgn perkara-perkara sama yg berulang dlm perhubungan. Macam mana cinta pon, thats human nature. Keadaan tak kan berubah sehingga kita sendiri yang berubah..mcm dlm crite ni..heh.

emm...tiba-tiba teringat konsep CONTINUOUS dan CONTINUALLY yang lecturer aku ajar.. nampak macam sama, tp maksud berbeza. Tapi bagi aku, CONTINUE je pon dah cukup susah. You will have no idea what should you do when the other half just letting go in everything. Until one day you said to urselve, letting him go coz u r nothing for him..

wawawa. mengarut sudah. selsema buat makin rimas. nasib baik rambut sudah aku cut2, tak la rimas sgt. potong mcm yang mulat nak...hu3 kwn aku pesan "syira, jgn free hair 3 minggu ok! HODOH la kau" =P .. but its ok for me, i did what he want. I'm XENA the warrior princess ;)

Keperihatinan anda diharapkan.. paling kurang sebarkan email ini. esok lusa mungkin hari kita pula ;)

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.



Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Thursday, April 8

cucah nye bercinta.


~ kadang-kadang rase bahaaaaaggiiiiaaaaa sgt! menda lain sume tak hingat dah. kerja bertimbun pon boleh rase relaks lg.huhu. terasa nampak bunga2 api yang cantik je atas kepala... colorful!

~ kadang-kadang menyampah gila sampai rase nak lari jauh2 sampai afrika. huh ego sgt! mcm la org tak bleh hidup tanpa dia kan.. Tp bila dia tak da, rase rindu.. nk gelak pon cuma tipoo.., Lg menyedihkan bila tgk tv crite best pon kepala fikirkan dia. konon khushuk hayati crite tv, bila kwn sergah, baru perasan crita dah habes..

- kalau cakap, masing2 mane boleh kalah. sama2 nk menang. xnk mengaku salah sampai nk hantar mecej gud morning pon masing2 dah berkira. Mcm la betol2 tak nk peduli. padahal bangun2 tdo cek hp dlu dia dah mecej ke belom.

~ kadang-kadang rasa tak fair sungguh layanan dia kat kita. Lpas tu mula la nk mengungkit sume salah. sejujurnya hati dan naluuri cuma perlukan perhatian dr dia. tapi sangat ego nak cakap sebab dia pon main2 je wlu nak ajak jumpa pon. So poyo-poyo lah mcm xpeduli n ckp bukan2.

~ bila die mula mcm nk mengalah, kita pon mula jual mahal balik. konon2 mahal sgt lah harga kemaafan tuh. sedangkan kalau betol hidup tu tanpa dia, sunyi nya rasa hati kita. mungkin boleh hang out gelak2 ngn kwn, pergi bersuka ria, tp tipu la kalau seharian tak cek henset n pk "bila dia nk contact aku nih..", "sihat ke tak dia", "ok ke tak" blablabla~

p/s: mulut boleh kata benci, tp sendiri fikir lah kenapa jd mcm ni.. sebenarnya tak benci langsong, cuma terlebih syg. mungkin patot kwal itu. Mengatakan cinta itu mudah, tapi melaksanakannya payah...aku akui~

exausted... exos rosak...

6.30 pg sudah.. em, terlepas beauty sleep aku.huh beauty sleep la sgt. slamani tdo awal x beauty2 pong.hish. skang baru lpas siap kan poster n report traffic. tension rase wat preparation utk presentation sabtu nih. poster segala. booth kene hias2 lg. ter'jd' ajk plak utk event nih..lg serabot.

bajet2 boleh terbang balik sg buloh lpas event, tub2 ade presentation M&E plak malam isnin. gile arrrrrr.. tension3, xcukup panel en zaki yg saiko tuh, die nak tambah 2 orang panel lg. kwn2 die plak tu. sumpah aku leh jamin kesaikoan dorang cm en zaki.
individual presentation. arggg!

Pnat sangat3...sangat3.. hm, lately mmg masalah datang xberhenti. Time gini gak bila harap ada orang tersayang di sisi utk menenangkan, tub2 die pon same wat hal. adeyh~~ test semalam dua2 aku hancus hakikatnya. Dua2 test aku jawab pakai 'toyol'. kwn aku bwk toyol, not me. aku pinjam. salah x?? SALAH. dah tgk soalan mcm tak penah blaja langsong. pastu member2 plak passing2 toyol, tak kuat iman lah aku. tiru gok. Setelah 3 tahun aku 'say no to toyol, tanya sebelah xpe' akhirnya runtuh jua bekecai-kecai. Sgt kecewa ngn diri sendiri T_T. tak rase jawab dgn ilmu, tp rase macam salin skema jwpn. soalan test tu bocor, kitorang dpt email kol 2.30pg mlm exam tu. so kwn aku buat la skema jwpn utk di passing time test. truk kan. SGT.

em, nk tdo jap. 2 jam jd la. ade kelas kol 9...taaaaa~ bye blog paling setia mendengar. i lap u

Wednesday, April 7

Malam~

malam suram tanpa bintang walau pon bulan masih setia memancarkan cahayanya..

kenapa ye..

em, mungkin sbb selamani bulan dan bintang memancarkan cahaya yang sama. walaupun rupa mereka berbeza.

bulan dan bintang.

Tuesday, April 6

wish list of mine

adeyh~ bila hidup asik nk demand je susah la kan...hm, tp tak salah kan buat wish list. kadang-kadang boleh buat kita kuat semangat kalau ada bad thing happened. contoh mcm tengah patah semangat nak belajar, tiba2 nampak wish list sendiri..hah, baru datang semangat kuda. boleh study sampai pagi.hohhoho yeke???...heee~


Material


1) fossil J800 - dah sangat lama usha, tp stil tak affordable nk beli.. last price i saw at cineleasure was RM361.



2) DSLR nikkon D80 - SAY CHEESE!! i love photography. a lot. fall in love with the camera when i first used it last 2 years. that was my first snap at KL Tower. cool stuff!

3) Adidas samantharina W - sweet.

4) Vincci red wedges - antara byk2 ni kot paling cpt bleh dptkn..

5) Suzuki Swift - i adore its charm!!


6) PINKy VAIO - Hurrrhhh lappy laen dah trun harga tp asal lah die still above 3k. saje je xnk bg eden beli. adeyh~

7) IKEA PS VERANDA bed- sebelom kawen nk gak merasa dok tido kat katil nih...ala2 princess gitu. huahuahua.

okeh~ itu saje. yang laen2 stuff xpyh beli mahal2 lah...baju petaling street pon aku pkai kot.huhuhuh. kalau mok teh dr kelantan tgk aku beli menda-menda ni suma kompem dia xske. As usual, dia akan bebel kata lagi baik beli emas dari beli menda-menda mahal lain. boleh gadai katenya.. hu3, and the fact is, i hate gold!. hahahaha~

Thursday, April 1

The errogant one.

saya pernah jumpa. sama mcm tae kyung! sangat poyo dan ego tp sgt protective.. =) sweetest memory ever...biar pun akhirnya bkn bersama, aku menghargai kehadiran dia yang banyak mengajar erti hidup. menghayati watak tae kyung buat saya teringat betapa egois nya dia.

Gila sgt bila dengan dia. makan dalam lah hari-hari. Setiap perkataan dia sentiasa menyakitkan hati aku. tp dia la org yang pernah jilat kan luka aku bila berdarah tiba-tiba. org yang pernah jalan kaki ayam sbb bg aku pakai selipar dia yang tak licin mcm selipar aku. ye, dia Tae Kyung! Protective dr segala bahaya..erggg, tp bahaya dr dia sndiri tak dpt nk kate ape la kan..hu3.

Tae Kyung.... kalau kamoo bace ni, sy harap kamoo fhm.. sy masih sedar perkara-perkara terbaik yang pernah kamoo lakukan.. sy hargainya..sgt3. sy doakan kamoo jumpa someone utk dilindungi mcm kamoo lindungi sy..but plez jgn kasar sgt, sbb itu juga menyakitkan.

to my Shin Woo: I love u so much sbb kamoo memg terhebat!


p/s: semua watak di atas diadaptasi dr cerita You're Beautiful. Korean Drama. sgt3 touch crite die =)

Wednesday, March 31

kusut.

bila kita gembira tepok tangan..prap prap.. 2x
bila kita genbira begini lah caranya...
bila kita gembira tepuk tangan..! yeah yeah!

this is my version now,

bila kita sedih terus gelak..hahahaha..2X
bila kita sedih begini lah caranya..
bila kita sedih teruskan gelak..lalalala~ *bangang*


saya ingat tu cuma keegoan.. keegoan yang datang tatkala ada kemarahan. tp rupanya hakikat. apa yang depan saya memang dia. dia yang tak perlu ada saya.

rasanya mcm baru semalam dengar perkataan
"saya ada utk *** bila2 *** perlukan"
"saya takkan berubah"
"saya takkan melukai hati ***"

mimpi kot...
oowh.dah la, itu lagi buat saya sakit..saya patut terima hakikat semua tu mimpi.
saya pergi dulu.
terima kasih semua. =)

Tuesday, March 30

Bila husband pisau cukur

Lappy kesayangan HP PAVILLION dv2 1003ax milih sdn bhd saya telah dijual dengan harga rm1800. kesayangan...tp kenapa jual?? hmm.. i need a laptop which is easier for me to bring along whenever i go. i'll be a lil bit busy next sem. PSM..thesis...and so what ever. em, its ok baby, REGINA will take care over u..more than i did. (regina kata i tak pandai jaga laptop..haha)

REGINA, a woman whose bought my lappy.. a mother to a 2 month infant and a wife to a 'bullinest'man...opps, businessman actually ;). She and i decided to meet at Danga last weekend. She came and agreed to buy my lappy.. such a beautiful woman in middle age i thought. Setelah kami setuju dengan harga dan barang, regina minta saya tunggu sekejap sebab dia perlu draw duit dekat ATM. Tak lama tu, dia datang, saya nampak perbezaan muka dia. ketara sangat. Dia cerita, husband dia ambil duit dia senyap-senyap dari bank. Sedih kan?..Tapi perjanjian kami utk berurus niaga tetap ON.

Tadi, tiba-tiba ada guy call saya. Suara memang suara melayu. Dia tanya saya, laptop saya dah jual ke belum. Saya jawab dah. Tapi pelik nya dia tanya macam-macam. Dengan siapa saya jual, dah dapat payment full ke belum, mcm-mcm lah. Dalam hati pelik juga. Tapi just jawab je la, bukan peribadi pun kan.

Tak lama tu Regina call nangis-nangis. Rupanya husband dia yang call saya sebelum tu. Regina terpaksa tipu husband dia yang dia beli laptop secara ansur-ansur sebab husband dia slalu 'paw' duit dia. Dia tak nak husband dia tahu yang dia ada duit. Saya speechless sangat bila dia kata, husband dia mesti pukul dia bila balik rumah nanti. Saya tak jangka itu suami Regina. Sungguh. Kalau saya tahu mesti saya pun dah tolong tipu kaw-kaw. Regina tanya saya, patut tak dia pergi report polis sebab tadi sebelum pergi kerja, suami dia ambil cek bank dia. Dia takut bila suami dia marah, dan bertindak buat bukan-bukan contoh macam keluarkan semua duit-duit dia dll. Saya cuma cakap kat Regina, buat lah pembekuan bank dulu.

Saya takut nak bagi advise sebab hubungan suami isteri ni complicated bagi saya sebab melibatkan kasih sayang, keluarga dll. Lagi-lagi saya tak ada pengalaman pun. Tak wajar kalau saya bg pendapat yang saya tak faham apa natijahnya pada org yang tengah emosi. Takut dia ikut je habislah saya. Saya biar je Regina luahkan perasaan dia sampailah dia tenang. Akhirnya dia minta saya tolong berlakon balik kol husband dia dan cuba tipu dia bayar ansuran pada saya masa beli laptop tu.

Terasa sedih sangat. Saya dapat rasa Regina sayang suami dia. Cuma dia tak tahu macam mana nak kawal sikap suami dia disamping mengekalkan kepercayaan suami dia. Saya setuju serta merta dengan cadangan tu walaupun saya tahu saya mesti tak dapat menipu suami dia dengan baik. Saya call suami dia dan tipu konon-konon saya ada laptop lain utk dijual dan saya minta dia bayar cash. Saya cuba ckp yang pembeli lappy sy sebelum ni bayar ansuran (Regina). Macam biasa, lidah saya sangat kaku macam orang baru belajar cakap bila nak menipu. harap-harap dia percaya.

Saya harap tak ada apa-apa buruk berlaku pada Regina. Teringat cerita Regina yang husband dia akan mengamuk kalau Regina ambil duit husband dia walaupun 90sen. Sedih juga bila Regina cerita suami dia tak bagi sikit pon duit untuk sara anak mereka.

p/s: saya harap suami saya bertanggungjawab orang nya. Tak salah berkongsi tapi......

Monday, March 29

kenapa ye.....

~ orang suka kutuk belakang-belakang tapi bila depan pijak semut pon xmati? *kutuk depan-depan kan bagus, at least boleh la baiki apa yang kurang*

~ ada orang mengaku kerja dia, padahal kerja org lain..

~ suami boleh ambik duet isteri suka-suka hati, tapi isteri amek dwet suami 90 sen pon boleh jadi perang.

~ paling sedih bila ada orang ckp 'kita kan bestfriend, kene la share story' tp hakikat 'kita kan enemy, kene la canang story'

~ ada orang rapat ngn kwn die sbb nak taw story pasal bf kwn die tu.. sbnrnye die admire ngn bf org tu..perhhh

~ jalan pergi JB tol mahal giler...salah jalan sket tol..

~ Air jus kat warong xcantek Danga Bay RM4

~ paling aku x phm.... kenapa sidai spender ngn bra kat ampaian pon boleh hilang??! tolong la jd pencuri waras sket!

~ tiba2 duet poket kene potong sbb bilik tidur dah dipasang aircond *sadis* harap2 ini cuma joke dr ayah...

p/s: rasa nk terjun bangunan minggu ni punye hal!

Saturday, March 27

i wish.....

i'll be a wife to whom that could meant this song to me..

tacing sungguh..tentu beruntung kalau dihargai dalam diri seseorang makhluk yg bernama lelaki mcm dlm lagu ni..

it open my eyes,
for some unknown reason...there was some tears on my cheek when i listened to this song..mungkinkah cinta sejati itu cuma ada pada ikatan suami isteri?...

Scared me enough.....we fight all the time. T_T

biar aku jadi matahari yang tenggelam.




senggarang.
6.30 pm-7.30 pm

Friday, March 26

saranghae jeremy!

sangat cute..sangat adorable...waaaa~ sweet sangat crita ni. sangat best! sangat sangat sangat *sangat gedix aku ni!*

disebabkan kemalasan keluar rumah membeli kredit dan disebabkan tak boleh kacau mulat yang sebok study, maka dan maka terlayan lah cerita 'you're beautiful' ini..9/10 stars weh!

tak la jiwang sgt tapi still sangat romantik... scenes dlm crita ni boleh buat kau berangan sampai pluto weh..seyes..jalan cerita tak bosan dan ending yang sangat cute.

paling penting, JEREMY SANGAT COMEL dan aku sgt suka ;p



Thursday, March 25

panda yg CHUMEELL sgt! ahaks



seyes cute!!!

nah, tgk PANDA ni plak...



  • ini baby panda bru lahir...


  • panda baru tumbuh bulu..huhuhu

  • jd comei sket dah...


  • aaa bertambah cutee!!!

  • NAK HUG DIER!!

agak-agak bila besar cmne ek??....haaaa

-

-

-

-

-

-

-

-

-
TARAAAAA~

aaaaaaaaaaaaaa~~~~xmao2....ABG JAMBANG PLAK.....

p/s: hahaha kredit to NARA utk lawak bangang ini!

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr